Pulau Pinang, Aku Jatuh CINTA (Siri 5 - Padang Kota Lama)

Kami bangun agak lewat pagi itu. maklumlah, bercuti katanya. he2.. hanya bersarapankan segelas 'mix coffea' (PERCUMA) yang sedia untuk dibancuh di lobi 'sarang cinta' kami. Jimmy (tuan rumah) mencadangkan kami ke Padang Kota Lama kerana hari ini adalah 'grand finale' Cup Prix Penang.

setelah bersiap-sedia dengan beberapa gerakan senaman ringan (lari & lompat setempat), kaki memulakan langkah menuju ke destinasi utama hari ini, Padang Kota Cinta! ehh, Lama.. perjalanan yang mengambil masa 15 minit melalui monumen berkubah dan menyusuri lorong-lorong bisu yang pernah menyaksikan indah dan hodohnya makhluk-makhluk yang lalu lalang di sisinya.
tembok Kota Cornwalis adalah mercu tanda kewujudan Padang Kota Lama bersama patung gangsa Raffless yang 'tak lapuk dek ujan, tak lekang dek panas' menandakan kami telah sampai di destinasi.
hari ini jalanraya di Padang Kota Lama ditutup untuk dijadikan litar lumba anak-anak muda yang bercita-cita menjadikan arena perlumbaan sebagai cara hidup mereka. kunjungan peminat litar atau peminat pesta atau peminat wanita memang tidak mengecewakan. ia adalah di antara pesta tahunan yang di tunggu di Pulau Pinang ini.
pelbagai ragam dan kerenah manusia yang senantiasa menjadi manusia dipaparTayangkan di padang ini. suka,duka, tawa, tangis, cinta, sepi.. semuanya menyempurnakan kunjungan kami yang julung kalinya ke pesta seperti ini.
sebelum beredar, kami berpeluang menyelitkan diri di podium pemenang (1st time) di mana ia menayangkan pemenang disanjung, diarak, dipuja. namun, sampai bila? sejauh mana anak-anak muda ini mampu bertahan, maju ke hadapan mengibar Jalur Gemilang milik bangsa Malaysia yang MERDEKA ini.
selesai sudah kunjungan kami ke pesta manusia yang tiada sudahnya. manusia dan pesta tidak dapat dipisahkan lagi. ini terbukti di mana sejak zaman dahulu lagi manusia telah dididik untuk memestakan diri. sampai dakwah pun akan dipestakan. hu2.. percaya?? setuju??
jam sudah menunjukkan pukul 3 petang. lumrah perut yang belum diisi dari pagi (11 pagi) tadi. kami mengambil keputusan untuk meneruskan penlajahan (katanya) kami ini ke level 'mentedarah' (makan). kami cuba mencari kedai-kedai makan yang dipercayai boleh memuaskan nafsu perut kami yang mendayu-dayu minta minta diisi. hari ni nasi kandar bukan pilihan setelah beberapa kali melintasi restoren nasi kandar. akhirnya kami mengalah dengan 'rayuan gombal' perut kami yang telah mendapat sokongan dari lutut dan otak kami. terpaksalah kami memilih kedai makan yang paling hampir dengan kedudukan kami. RESTOREN KAPITAN!

bersambung..

No comments: