Mereka-Mereka yang Masih Berbisik

sokSek.. sokSek..
"Cukup-cukuplah!! Apa lagi yang engkau tunggu?! Masih tidak cukupkah?!" Bentak hatiku yang dari semalam lagi menunggu tibanya saat yang tidak pernah aku bayangkan seumur hidupku berlaku di hadapan mataku. Masa berlalu begitu perlahan. Sedetik bagaikan sesaat. Sesaat bagaikan semint. Semacam angau!!

Bermula dengan makan malam bersama seisi keluarga ayahanda Yusuf Saad dan ibunda Halimah Wahab, hatiku tidak keruan. Membayang-bayang apakah istimewanya?? Benarkah masih ada?? Itulah persoalan yang yang bermain-main di benakku sehinggakan kantuk malamku dibawa bayu malam yang sepoi-sepoi bahasa alunannya.
ayahanda & ibunda bersama keluarga. terimaKasih =)
Seorang nelayan bersama selonggok udang yang dari tadi menunggu gilirannya untuk 'melelong' hasil tangkapannya aku amati. Aku turuti pergerakannya. Sangap dek kekurangan tidur malam tadi telah jauh ku campakkan ke pasir-pasir yang bersepahan di bibir pantai Pasar Bisik Kuala Muda itu. Niatku hanya satu, ingin mengetahui 'harga jual' longgokan udang segar miliknya.
Pasar Bisik Kuala Muda, Kedah

Kunjungan aku ke 'pasar bisik' ini adalah atas cadangan ayahanda Yusuf Saad apabila aku bertanyakan tempat-tempat yang menarik disekitar Kepala Batas ini. Ke 'pulau'?? Sudah.. Ke air terjun?? Cuaca tidak menentu.. Akhirnya aku menerima cadangannya supaya ke Kuala Muda ini. "Kenali mereka-mereka yang masih berbisik," pesannya separuh berbisik.
memBisikkan Bisikan Bisik Berbisik 
Akhirnya nelayan itu mendapat peluangnya. Dihamparkan longgokan udangnya yang pada agakanku paling kurang 4kg. Bermulalah urusan bisik membisik, bida membida diantara beberapa peraih, peniaga dan penggemar udang. Sepengetahuan aku, Udang Galah Laut di Lembah Klang ni harganya lebih kurang RM30-RM40/kg. Aku cuba meneka 'harga jual' selonggok udang ini. Berdasarkan lokasi urusan jual beli ini adalah di jeti nelayan, aku anggarkan selonggok udang galah ini akan terjual dengan harga tidak kurang dari RM50. Mengarutlah!! 4-5kg udang galah dengan harga RM50?? Otak kananku bersama intuasinya di bentak otak kiriku yang lebih analitikal dan logika.
bahan-bahan Mi Udang Pecah Peluh??
Sedang otak kanan dan kiriku berbalahan, nelayan itu bersalaman dengan seorang penggemar udang sedangkan peraih dan peniaga yang lain mula mengalihkan perhatian mereka pada nelayan seterusnya yang juga ingin 'melelong' hasil laut mereka. Mengapa tidak ku katakan peraih atau peniaga yang memenangi bidaan itu?? Mudah sahaja. Pakaiannya dan kehadirannya bersama isterinya (pada hematku) yang sedang mengendong seorang bayi. Kuhampiri keduanya. Mataku tidak berkelip tertancap pada tangan-tangan mereka yang sedang membuat akad sambil memberi dan menerima bayaran yang telah dimenangi oleh penggemar udang tadi. Ku amati. Ku cuba mengira helaian wang bewarna di tangan nelayan tersebut. 5 keping helaian bewarna biru, tiga keping helaian berwarna hijau muda dan 1 keping helaian berwarna merah. Aku menunggu andai penggemar udang itu akan menghulurkan kepingan-kepingan berwarna pada nelayan itu lagi. Perasaanku bercampur-baur. Keliru. Otak kiriku yang sering menghadirkan khayal angkasa tidak dapat menerimanya! Otak kiriku yang dari tadi mencampurDarab helaian-helaian berwarna tadi pantas menyalurkan informasi ke bibirku yang cabul sambil berbisik, RM25. RM25 untuk 4-5kg udang galah?!! subhanAllah!!
hasiLaut
saujana jelapang

7 comments:

AieSha said...

memang unik!!!

Fatt said...

mahal? ke murah rm25 tu?

Arai Utan Ujan said...

aieSha> we have a lot of 'beautiful treasure' hence we didn't aware of it. poor us =( let's be ambassador of our own, insyaAllah =)

fatt> murah gilos fatt.. info yg aku dpt d area 'klang valley' nih sekilo = RM30-RM40. so di Pasar Bisik Kuala Muda nih, brader tu dpt beli dengan RM25 untuk 4-5kg adalah kemurahan melampau 7 petala langit ;p hu2..

Fatt said...

haha..okeh..sbb aku ni fail skit bab harga brg basah. slalu mak aku je yg beli benda2 ni..kalau ada byk udang ni sedap jgk klu buat butter prawn..or sambal udang..huhu :)

Arai Utan Ujan said...

fatt> aku pon xtau sbenarnya ;p google kot. he2..

shiekin said...

murah kot??? sgt murah! dan saya sedih. haihhhh

kemang~ said...

Wahhh murahhhhhhhhhh...