nak tido pon kena baya ke?! - Mukasurat 3

Jika keselesaan bukan menjadi agenda utama aktiviti perTIDURan korang, korang boleh cuba praktikkan kaedah-kaedah ini yang jauh lebih TIDAK selesa berbanding kaedah-kaedah yang diselatankan pada nak tido pon kena baya ke?! - Mukasurat 1 dan nak tido pon kena baya ke?! - Mukasurat 2.

6. Hotel 1000 Bintang
Korang mesti pernah pernah 'main pondok-pondok' kan?? ini adalah kesinambungan daripada permainan tersebut apabila korang sudah tua dewasa. Konsep ini mungkin tidak dapat dilakukan sesuka hati di negara orang namun ada kemungkinan tinggi yang korang boleh memacakkan khemah korang di satu-satu kawasan dengan syarat korang mempunyai khemah sendiri.

Selain dapat tempat tidur PERCUMA, korang juga akan dihiburkan dengan kicauan burung di pagi hari, dan mungkin lolongan serigala di malam harinya. Indah bukan.. Berlatarbelakang banjaran yang melintangi ufuk dan tasik atau lautan di pintu khemah korang. Itu belum lagi desiran ombak memukul pantai atau deruan air di jeram berhampiran. PERGHH..
hotel 1000* tanpa 'hot-shower' 

nak tido pon kena baya ke?! - Mukasurat 2

Kesinambungan dari nak tido pon kena baya ke?! - mukasurat 1, aku cuba untuk mempelbagaikan kehendak korang yang dok sibuk cari penginapan yang selesa tetapi MURAH PERCUMA melalui cara dan kaedah yang sering digunapakai oleh pengembara lain di luar sana.

3. Petik Buah di Rumah Ladang
Melalui beberapa laman sesawang yang menawarkan pekerjaan sementara, korang boleh lebih bersedia untuk bekerja secara sambilan seperti menuai hasil tanaman dan memetik buah di ladang-ladang yang terpilih. Selain daripada memberikan tempat tinggal PERCUMA, pengusaha ladang-ladang ini juga akan membayar upah (duit poket) untuk membolehkan korang meneruskan kembara di kawasan sekitar. Makan minum korang juga akan terjaga disamping mendapat khidmat pemandu pelancong tidak bertauliah dari kalangan pekerja-pekerja tempatan yang lain.

Selain daripada itu, korang juga boleh redah ke mana-mana 'backpackers hostel' yang sudi menawarkan tempat tinggal PERCUMA dengan syarat anda wajib bekerja untuk mereka sama ada sebagai penjaga kaunter, pengemas bilik atau pemandu pelancong (Bahasa Inggeris).
mereka menuai sayur dengan senyuman yang menawan

nak tido pon kena baya ke?! - Mukasurat 1

Aku meletakkan tanda aras keterhebatan setiap kembara aku pada jumlah kerugian wang ringgit yang telah dileburkan ke atas pengangkutan dan tempat tinggal. Lebih kurang wang yang dileburkan, lebih cemerlang, gemilang & terbilang kembara aku itu. Apatah lagi jika dapat bercuti secara PERCUMA!!

Dalam hal penginapan, kebanyakan pengembara tegar selalunya akan memilih untuk berhimpit-himpit menginap di asrama kembara. Lebih jimat. Lebih merakyat. Lebih Maklumat. Di sinilah kebanyakan setiap kembara bermula apabila korang mula bercampur gaul dengan pengembara-pengembara lain (terutamanya aweks) namun ironinya korang masih lagi perlu membayar. "Nak tido pon kena baya ke?!"
30Euro (RM120) untuk harga sebuah katil semalaman
Walaupun berharga serendah RM30 (USD10) semalaman, namun wang hasil titik peluh korang tu lebih layak untuk dibelanjakan pada hal-hal yang lain yang lebih berfaedah. Pada pandangan aku, PERCUMA lebih murah daripada kos yang murah, kan.

Nak Murah Sangat, Amik Ko!!

1. Awal vs Akhir
Air Asia vs Malaysia Airlines
Air Asia = tempah awal (6-12 bulan)
Malaysia Airlines = tempah akhir (kurang dari 1 bulan)

2. Kejar Harga BUKAN Kejar Destinasi
contoh promosi Air Asia
Ingin merasai pengalaman berada di Jepun?? mengapa perlu memilih Tokyo (RM329) daripada Osaka (RM299)?? Hakikatnya setiap destinasi penerbangan mempunyai keunikan & kelebihan yang tersendiri. Jadi, mengapa memilih destinasi yang lebih mahal??

'Doom Tourism' di Malaysia

Mungkin tidak ramai yang mengetahui apa itu 'Doom Tourism'. Definisi dari segi bahasa adalah perlancongan yang yang hampir musnah. Terma ini dianjurkan selepas isu pemanasan global diketengahkan. Tempat-tempat seperti Glasier Kilimanjaro di Tanzania, Glasier Patagonia di Chile dan Great Barrier Reef di Australia adalah termasuk di dalam kategori 'Doom Tourism'. Mengapa?? Ini adalah kerana tempat-tempat ini diancam pemanasan global di mana glasier di Kilimanjaro dan Patagonia semakin cair dan terumbu karang di Great Barrier Reef semakin memutih dan mati.
Pemutihan Karang laut

7 Nature Wonders of Selangor DE

Selangor always known as the richest state in Malaysia but just a few that knew that this lovely state have their own nature wonders instead of shopping malls, theme parks and skyscrappers. Herewith i listing the 7 Nature Wonder of Selangor (that i know of). Layanzz..

1. Bukit TABUR Hills
Hiking The Longest Quartz Range in The World

Route 55: dari Jeram Selangor ke Puncak Fraser

Tahukah anda mengenai lokasi pembunuhan Pemerintah Tertinggi British di tanah Melayu, Sir Henry Gurney oleh Parti Komunis Melaya yang terletak di Jambatan Gumut??

Lokasi Pembunuhan Sir Henry Gurney
Jalan Persekutuan 55 ini melalui beberapa lokasi perlancongan yang masih belum terusik keasliannya. Terdapat beberapa buah air terjun yang tersohor di sini. Di antaranya adalah Air Terjun Medang, Air Terjun Pertak dan Air Terjun Chiling. Namun Air Terjun Chiling mempunyai keistimewaan tersendiri iaitu di sini terdapatnya kawasan pemeliharaan & pemuliharaan ikan kelah.

Route 51: Bukit PUTUS Hill

Ramai yang pernah mendengar mengenai kisah-kisah seram yang seringkali dikaitkan dengan Jalan Bukit Putus, Kuala Pilah namun, masih kurang yang mengetahui yang salah satu daripada 'pintu rimba' untuk mendaki ke Puncak Angsi terletak di laluan ini.
'pintu rimba' alternatif ke Puncak Angsi
Sejak pembukaan Jalan Paroi - Ulu Bendul (Bukit Putus bypass) yang baru, jalan ini semakin dilupai. Jalanraya yang dibina oleh pihak British pada awal 1920'an ini menjujuk sepanjang 4km.

Al-Kisah Lumpur-Lumpur di Malaysia

LUMPUR seringkali dianggap sebagai kekotor, kedukaan dan musibah namun di Malaysia,  LUMPUR juga dikaitkan dengan kemajuan, kegembiraan dan kebanggaan. MENGAPA??

Banjir LUMPUR =(