Makanan Halal di Kunming (Yunnan), China

Sejujurnya aku agak risau dengan perjalanan kali ini. Apa tidaknya, kembara kali ini membawaku ke bumi China buat pertama kali.
Kunming District, Yunnan State, China
Aku 'heret bersama isteriku tercinta yang disahkan mengandung 2 bulan bakal anak kedua kami (alhamdulillah) dan #balqispipau si bayi 18 bulan yang sudah pandai berlari dan meminta-minta.
#mygirls
Kerisauan utamaku adalah perihal sumber makanan halal dan bersih apabila berada di Kunming, Shilin dan Luoping nanti. Walaupun negeri Yunnan ini terkenal dengan etnik Hui yang beragama Islam, namun kerisauanku masih menebal. Apa tidaknya, kerisauan ini menghalangku dari menempah hotel di sepanjang kembara kali ini.
Suku Hui
Dengan sumber maklumat berbahasa Inggeris yang sangat terhad, aku menyasarkan penginapan hari pertamaku di bumi asing ini di sekitar kawasan yang mempunyai masjid di Kunming.

Aku bersyukur kerana Allah mengilhamkan aku untuk menempah hotel di hari pertamaku ini kerana salah seorang daripada penyambut tetamunya beragama Islam (walau tidak bertudung). Beliau menunjukkan kepadaku arah kedai makan halal yang hanya beberapa ratus meter daripada hotel tersebut. Arakian, dapatlah aku menyimpulkan beberapa tips penting untuk mencari kedai makan halal di negeri Yunnan ini (ingat, muslim di sini tidak semestinya bertudung dan berkopiah)

1. Lokasi Masjid di Bandar Kunming
2. Papan tanda Hijau / Biru
3. Papan Tanda Bertulisan Jawi / Bergambar Masjid