memenyu Penyu di Pulau TINGGI Island

Aku terus bersiap-siap sejurus mendapat kiriman telegram dari EddyDuyong. Telegram itu mengesahkan yang minggu ini dijangka ada tiga (3) ekor ibu Karah/Sisik yang akan mendarat di Kampung Pasir Panjang. Aku menghubungi 20 peserta (yang dipilih secara rambang) namun hanya 18 peserta sahaja yang membalas dan akan bersama-sama menjayakan penjarahan ini.


Esoknya sesudah Subuh kami semua sudah siap berkumpul dan memulakan pencarian kawasan pendaratan ibu2 Karah/Sisik yang telah dinyatakan di dalam telegram tempohari. Kami mula mengambil gambar kawasan2 yang berpotensi menjadi tempat pendaratan. Ada diantara kami yang menggunakan perahu didaratan untuk bergerak. Ada juga yang meredah semakSamun hingga ke belukarBelantara dan tidak kurang juga hingga ada yang meniti titian batang kelapa tumbang yang sudah usang.

hinggalah mereka tiba kawasan pesisir pantai


Matahari telah mula terbenam ke arah barat namun masih tiada tanda2 pasti berlakunya pendaratan ibu2 Karah/Sisik yang dimaksudkan. Ramai yang telah berputus asa. Ada yang merehatkan diri bersama insan yang dicintai di bawah pokok dan tidak kurang juga yang bersendirian menangisi nasib diri bertemankan ombak2 mesra dibuai bayu petang yang menyapa lembut kekulit yang terbakar merah dari pagi tadi dipanah sinar mentari. Ada yang menyalahkan pepasir pantai yang terlalu memutih, ada yang mengeluh dek lautan yang sejernih permataKristal yang berkilauan dan terdapat juga beberapa peserta yang meletakkan ke'sial'an hari itu ke atas 'mask' & 'j-tube' yang tidak pernah tidak, memberikan jasa buat penyelam2 di Kepulauan Mersing ini ini.


Hinggakan ada yang ter'sawan' dan 'buang tebiat' akibat tekanan dalam pencarian ibu2 Karah/Sisik tersebut.


Namun malang tidak berbau bacang, rezeki jangan di tolakTambah, akhirnya, TIBA2..!!


Fakta (bukan auta):
1. nama komersialnya adalah Hawksbill Tutle (Eretmochelys imbricata)
2. bentuk mulutnya seakan2 paruh burung Kakaktua, hinggap dijendela..
3. mengambil masa sehingga 30 tahun sebelum digelar penyu dewasa
4. hidup di kawasan terumbu karang & terumbu berbatu di mana terdapatnya makanan kegemaran mereka 'sponges, sea squirts, soft corals, shellfish, seagrasses and seaweeds'
5. dianggarkan ibu2 Karah/Sisik ini akan bertelur semusim sahaja dalam 3 tahun. dalam satu musim mereka akan bertelur (mendarat) sebanyak 5 kali. jarak di antara satu pendaratan dengan pendarata lain adalah 12 hari dan dianggarkan menghasilkan sebanyak 150 biji telur dalam satu2 pendaratan.
6. tidak seperti manusia, jantina anak2 penyu yang akan menetas adalah bergantung kepada suhu pasir di mana mereka dieramkan.
7. tahukah anda, HANYA 1% SAHAJA dari (150 biji x 5 pendaratan) 750 biji telur ini yang akan membesar bagai johan dan yang bakalmeneruskan kelangsungan hidup penyu di dalam ekosistem lautan di dunia ini!


contoh KERAKUSAN manusia. muaha2!!


Pulau TINGGI Island, Kepulauan Mersing, Johor Darul Takzim