1. anda sarapan pagi di Melbourne CBD dan memandu ke PCNP sejauh 230km. PCNP dikenali kerana struktur batuan tebingnya terutama sekali Twelve Apostles. Jika anda berminat dengan lanskap semulajadi seperti ini, teruskan dengan singgah di Loch Ard Gorge, London Bridge dan The Grotto. Semua struktur batuan ini mempunyai keistimewaan dan lanskap yang berbeza. *jika ke PCNP ini adalah pada waktu senja, ada terdapat koloni kecil Fairy Penguin di pantai kawasan Twelve Apostle.
Port Campbell National Park |
2. selepas makan tengahari dengan berkelah di Melba Gully (ada Gloworm pada waktu malam), anda boleh meneruskan perjalanan ke ONP sejauh 65km. ONP ini terkenal dengan Otway Fly Treetop (dewasa A$25, kanak2 A$15) dan Cape Otway Lighthouse (dewasa A$19.50, kanak2 A7.50) namun apa yang PERCUMA adalah lebih menarik daripada ini. Di sepanjang perjalanan anda akan dapat melihat Pokok Eucalypt (Gum Tree) yang dipenuhi dengan Koala liar yang kebanyakannya sedang tidur (koala tidur hampir 20 jam sehari)
Otway National Park |
bersambung ke #roadtrip 6H5M di sekitar Melbourne (tempat menarik PERCUMA) - Hari Kedua (pagi)
No comments:
Post a Comment