Khazanah Perak: Mi Udang Pecah Peluh, Tambun

Mi Udang Pecah Peluh
Bandar Ipoh (dan sekitarnya) yang terkenal sebagai destinasi 'jalan-jalan cari makan' memang tidak mengecewakan. Radak Adventure yang menjadi 'host' atau tuan rumah dalam persingahanku di bandar ini dengan murah hati memperkenalkan mi udang yang tidak kurang hebatnya berbanding mi udang di Kuala Sepetang.

Gerai yang terletak di bawah rimbunan pepohon ceri (agakku), tersudut di Taman Bercham Jaya, bertiangkan beluti kayu yang 'ntahapehapentah' dan berbumbungkan atap zink terletak agak terpencil di kawasan perumahan ini. Namun, senibina yang tidak seberapa ini tidak pernah menjejaskan kualiti masakan yang dihidangkan kepada para pengunjung. Sebut sahaja 'Mi Udang Pecah Peluh' atau 'Laksa Buyung Batu Kurau' pasti (insyaAllah) penduduk sekitar Tambun tahu lokasinya.
Laksa Buyung Batu Kurau??
Lazatkah?? Cubalah..
Menurut Jai 'The Kongkiak' (kiri) dan Ryoq Radak (kanan), masakan mi udang di sini tidak kurang hebatnya berbanding mi udang yang dihidangkan oleh Mak Jah atau Mak Teh di Kuala Sepetang. 'Overrated' dan mahal kata mereka dalam loghat belah ibunda mereka berdua.
Sempoi, kan..??




6 comments:

Ariy said...

Hmmm...saya ingin sekali membuat buku tentang makanan-makanan lezat, culinary, di semua negara-negara Asia Tenggara.

Arai Utan Ujan said...

seperti rancangan yang agak 'popular' di M'sia, 'Jalan-Jalan Cari Makan'.. bagus jika dapat berkongsi hidangan bersama teman2 walau di alam maya ;p

sama2 kita nikmati keenakannya!

AieSha said...

jom jalan2 cari makan!

Arai Utan Ujan said...

pilih destinasi, nnt kita cari 'dapur' di sekitarnya.. yang TERBAEK sahaja!!

xplorer said...

mee goreng makteh n mak jah mmg overrated . bagi aku tak sedap

Arai Utan Ujan said...

xplorer> aku rasa, depa popular sbb ramai yg promo d internet if Mi Udang Pecah Peluh nih been promoted like them, mungkin akan popular jua ;p