Jelajah Utara: dari Kuala Kedah ke Yan

Tiada apa yang istimewa pagi itu selain daripada keindahan Sang Suria yang tidak pernah tidak memancarkan cahayanya buat makhluk di segenap pelusuk alam ini. Ironinya pagi yang indah ini diiringi lagu 'A New Day Has Come' nyanyian Celine Dion memberikan semangat baru untuk aku meneruskan penjelajahanku. Aku cuba mencari sesuatu yang unik untuk dijadikan sarapan namun sudah takdirnya kami hanya bersarapan di gerai mamak yang agak biasa =(

Perjalanan ke Yan melalui kehijauan bendang yang saujana mata memandang memeang mengasyikkan namun masih terngiang-ngiang akan kejutan yang berlaku pada malam semalam. Seekor ular Tedung Selar yang juga dikenali sebagai 'King Cobra' dipersembahkan oleh sekumpulan penjual ubat di perkarangan Stadium Darul Aman.
rasa-rasanya berapa kepanjangan ular yang dimaksudkan itu??

BESAR bukan..
Tiba-tiba aku melihat sesuatu yang agak 'rare'. Aku berpatah semula dengan membuat balik-kuang di Jalan Kuala Kedah - Yan yang agak sibuk tengahari itu. Apakah??!
stesen minyak tidak berjenama. RON95 dan Diesel sahaja
Kunjungan kami ke Daerah Yan mempunyai beberapa misi penting. Salah satunya adalah melawat Air Terjun Seri Perigi yang merupakan air terjun yang tertinggi di Negeri Kedah (>100m). Air terjun yang berada di kaki Gunung Jerai ini jelas kelihatan dari Jalan Guar Chempedak - Yan Kechil.
TINGGI, bukan..

Air Terjun Seri Perigi, Yan, Kedah
Sesudah melempiaskan nafsu tirukku, aku memulakan misi ke-2 di Daerah Yan ini iaitu Nasi Kari Itik. Pencarian kedai makan yang diberi nama Restoren Bersila ini amat 'memanaskan' hati dan meng'Gastric'kan perut yang sedia kebuluran. Usahaku untuk menemukan Restoren Bersila ini berhasil namun apakan daya, hari Jumaat adalah hari tutup untuk pengusaha kedai ini. Takdir masih belum berpihak padaku =(

Akhirnya aku memutuskan untuk berhenti di hadapan Hospital Yan yang terkenal dengan Gerai Mi Rebus Depan Hospital Yannya. Alhamdulillah.. Namun selera perutku pada petang ini bukannya mi rebus, tetapi Nasi Ayam BBQnya.
perhatikan nama gerai istimewa ini ;p

selera petang di Yan, Kedah





6 comments:

armyzonovic said...

tak singgah ke restoran ikan bawal goreng kat juru? memang terbaik. bawal terfresh dan terbaik dari ladang.

AieSha said...

nafsu kau pada tiruk mmg sangat buas!

Arai Utan Ujan said...

army> xdpt info la plak psl ikan bawal tu. pasal ikan keli ada. btw, dmana lokasi ikan bawal tu? i mean Juru is a quite a place ;p mind 2 share it with us??

aie> tiruk kt waterfalls jek, kt pusat akuatik aku xberani lg ;p hu2..

xplorer said...

bro sebenarnya YAN ni ada satu rahsia yang ramai org tak tahu - JAMBATAN PULAU BUNTING . signboard mmg takde cuma kena xplore je check out my blog entry
http://jelajah-xplorer.blogspot.com/2009/03/jambatan-pulau-bunting.html

xplorer said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Arai Utan Ujan said...

xplorer> masa aku jmp 'stesen minyak' tu aku ada patah balik nk cari Jambatan Pulau Bunting tapi xde rezeki =( nak makan Kari Itik di Restoren Bersila pun xde rezeki ;p