#roadtrip 6H5M di sekitar Melbourne (tempat menarik PERCUMA) - Hari Kedua (pagi)


Otway National Park - Marengo Reef Marine Sanctuary (MRMS) - Marriner's Lookout - Kennett River - Cumberland River - Erskine Fall - Lorne Swing Bridge - Anglesea Golf Club

Selepas bersarapan pagi (anda boleh memilih untuk bersarapan di Iluka Restaurant - Halal) di Apollo Bay, anda boleh terus ke MRMS untuk melihat anjing laut yang 'melepak' di Haley Reef (lebih kurang 50m dari pantai). Pastikan anda membawa 'teropong' atau 'lens bazooka' anda. terumbu ini adalah koloni kepada +-200 ekor anjing laut *jika inginkan kelainan, anda boleh mengambil pekej berkayak ke terumbu ini (A$70 seorang).
Marengo Reef Marine Sanctuary

selepas itu jangan terlepas untuk ke Marriner's Lookout (pemandangan Apollo Bay dari puncak bukit). Anda boleh memandu untuk ke tempat ini.
Marriner's Lookout
teruskan perjalanan anda ke Kennett River Koala Cafe di mana cafe ini ada menyediakan rendang daging (sila tempah awal untuk daging halal). sambil menjamu rendang daging, anda akan dapat menyaksikan ratusan burung beterbangan mencari roti untuk dimakan (hand-feed). jalan ketinggalan bergambar dengan koala yang bermastautin di pokok-pokok rendang di sana. 
Kennett River Wildlife

No comments: