Kisah Buku Kecil Berwarna Merah (2006-2010)

Phuket Town
1. Dilahirkan bersamaan 26 Disember 2006 di Shah Alam, Selangor
2. Julung-julung kalinya dicop oleh pegawai imigresen Thailand di Stesen Keretapi Padang Besar pada 2 Januari 2007 (sehari selepas 'Bangkok 2007 New Year Bombing' yang mengorbankan 3 nyawa) dalam perjalanan menuju ke Pulau Phuket
Stesen KTM Padang Besar, Perlis
3. 'Hitchhiking' bas Hatyai ke Phuket Town dengan bayaran THB20 sejauh >400km yang mengambil masa 12jam++. (ruang barangan di bawah bas)
'kurungan'ku dari Hatyai ke Phuket
4. Pernah ditawarkan 'perkhidmatan istimewa' oleh seorang sheMale di sebuah kelab malam di Phuket Town. Dilurutkan bajunya hingga ke pinggang untuk menggodaku dengan 'keindahan miliknya'. Usahanya terhenti apabila 'hotel receptionist' tempat aku menginap tiba dan mengatakan yang aku bersamanya. Terima Kasih, syukur alhamdulillah. Pheww..
5. Secara amnya, tukaran matawang adalah THB100 = RM10
6. 'All Time Top Surprise Birthday Party' oleh Abun di Jakarta. 16-19 August 2007. Daripada tiket penerbangan ke penginapan, semuanya ditanggung!!  Terima Kasih, SAHABAT!!
the night with full of SURPRISES!!
7. Teringat di saat Hairul Irwan ditahan di Bandara Soekarno-Hatta oleh pegawai imigresen yang meminta 'itinerary' airAsia sedangkan mereka tidak memintanya daripada aku & Abun. Pengajarannya, jika anda rasa Buku Merah anda memiliki cop negara lain (terutamanya Eropah) yang banyak, elakkan dari menjadi orang terakhir di dalam barisan! he2.. ka-ching!!
8. Jika anda kehabisan rokok di Jakarta, anda tidak perlu mencari '7eleven' kerana '7eleven' yang akan mencari anda.
tahukah anda yang di Indonesia ada Marlboro kretek??
9. Usaha Jakarta untuk mengurangkan ke'macet'an harus dicontohi oleh Kuala Lumpur!!
Jakarta
10. The Fame Station adalah TOP Class Live Band Club di Bandung. Dicadangkan oleh 'hotel receptionist', Ilham Mulia Ramadhan. What a divine name ;p hu2..
11. Jangan sekali-kali melaungkan bahawa anda adalah pelancong daripada Malaysia ketika anda di kawasan membeli-belah di Bandung kerana anda mungkin akan ditawarkan barangan dengan harga matawang Ringgit Malaysia (RM) yang jauh lebih tinggi harganya. Contoh: sehelai t-shirt yang sepatutnya berharga Rp15.000 akan ditawarkan dengan harga RM10
12. Secara amnya, tukaran matawang adalah Rp100.000 = RM35
Monumen Nasional (MoNas)
13. Tertarik dengan konsep 'boutique' di Bandung. Membeli-belah di dalam banglo..
14. Perjalanan ke Clark, Philippines yang sepatutnya bersama 3 sahabat yang lain berakhir dengan 'Adopted by Philippines Air Force' kerana 2 orang 'outstation' dan seorang lagi bakal berkahwin. Merancang untuk membatalkan perjalanan namun kata-kata dari Ikan Dugong tentang 'mengenali diri' membawaku ke puncak Gunung Pinatubo. PERCUMA!! alhamdulillah =)
15. "Elakkan melancong di bandar-bandar besar kerana di situlah terdapatnya ramai orang yang terdesak dan orang seperti inilah yang selalunya mengambil kesempatan terhadap pelancong." Nasihat temanku yang merupakan Sea Force of Philippines Lieutenant mengenai 'tempat-tempat yang selamat untuk dijarahi'.
16. Membatalkan perjalanan Trans Java Island (Jakarta - Bandung - Yogyakarta - Solo - Surabaya) yang sepatutnya berlangsung selama 14hari atas alasan 'urusan kerja'. Maaf Ariy. hu2..
17. Bagiku penginapan adalah tempat singgah, BUKAN tempat untuk menetap.
18. Pekerja Pizza Hut di depan penginapanku di Bandung bukanlah pekerja restoran, tetapi peserta 'Indonesian Next Top Model'
siapa yang pernah ke Bandung pasti tahu di mana lokasi gambar ini diambil
19. Terpana dengan nyanyian penyanyi wanita di Rumah Mode yang menyanyikan lagu Kisah Tak Sempurna (Samsons) dan cuba berkongsinya dengan seorang pemuda di sebelahku yang sebenarnya adalah pacarnya si penyanyi wanita itu!! malunya!! Kisah Tak Sempurna, Live on Rumah Mode, Bandung
20. MoNas (Monumen Nasional) adalah tempat warga kota Jakarta berkelah dan bersantai. Jangankan kereta kuda yang disewakan kepada pengunjung, tikar, layang-layang, bahkan bola juga ada yang menyewakannya juga. Selepas jam 9 malam, pengunjung yang bersama keluarga akan pulang dan akan digantikan oleh mereka-mereka yang berpacaran sehingga subuh.
just did it, man!!
Buku Kesil Berwarna Merah


mungkin bersambung =) he2..

4 comments:

AieSha said...

jom lepas ni ke india plak...

Arai Utan Ujan said...

aieSha> dari pantai di penghujung india ke utara pergunungan kashmir. perghh.. a walk to remember, bro/babe!!

xplorer said...

azrai - sama ler minat kita ,blog ko pun best gak

Arai Utan Ujan said...

bro explorer> best kembara bersama isteri, kan.. wish i can get one like ur's ;p hu2..