Kesinambungan daripada penulisan,
Percutian PERCUMA beberapa tahun lalu, penulisan ini akan mengupas bagaimana kita boleh mengurangkan kos pengangkutan hingga ke tahap hampir PERCUMA untuk sehari.
Kebiasaanya kos menyewa Apollo Euro Duluxe sehari adalah sehingga $250/hari pada musim panas (Disember hingga Februari) namun dengan skim 'pemindahan kenderaan' ini kos yang perlu kita bayar hanyalah serendah $1/hari ($250 - $1 = $249 oleh itu, $249 x 3 = RM747).
Penjimatan sehingga RM747/hari! Jika kita menyewa selama 10 hari, penjimatan RM7470! Jika memang rezeki kita, syarikat akan memberi token petrol sehingga $100/perjalanan
|
contoh kajian kes. motorhome untuk 6 orang |
Namun skim ini bergantung kepada berapa fleksibel percutian kita. Contohnya seperti kes di atas, kita perlu mengambil motorhome di Alice Springs pada 1hb Februari 2016 dan perlu memulangkannya sebelum 7hb Februari 2016. Kita ada 7 hari untuk meneroka sekitar Northern Territory, South Australia & Western Australia sejauh +-3600km. Ingat,
"travel is not about destination, it's about journey."
|
peta perjalanan 7 hari dan tempat menarik disepanjang perjalanandengan kos pengangkutan $7 & token petrol $100 |
Semua senarai motorhome atau campervan yang ingin dipindahkan boleh dipilih di laman sesawang
Apollo atau
imoova.
|
imoova.com |
Cara-cara lain mengurangkan kos percutian kita terdapat di penulisan
Percutian PERCUMA
No comments:
Post a Comment