Nak Murah Sangat, Amik Ko!!

1. Awal vs Akhir
Air Asia vs Malaysia Airlines
Air Asia = tempah awal (6-12 bulan)
Malaysia Airlines = tempah akhir (kurang dari 1 bulan)

2. Kejar Harga BUKAN Kejar Destinasi
contoh promosi Air Asia
Ingin merasai pengalaman berada di Jepun?? mengapa perlu memilih Tokyo (RM329) daripada Osaka (RM299)?? Hakikatnya setiap destinasi penerbangan mempunyai keunikan & kelebihan yang tersendiri. Jadi, mengapa memilih destinasi yang lebih mahal??


3. Hukum 'Hari & Masa' Penerbangan
Memilih penerbangan pada hari Selasa, Rabu atau Khamis lebih murah berbanding penerbangan pada hari Isnin, Jumaat, Sabtu atau Ahad

Bergantung kepada destinasi, penerbangan awal pagi dan lewat malam lebih murah berbanding pada masa-masa lain di dalam sehari

4. Media Sosial, Laman Sesawang Rasmi Operator Penerbangan
Jangan malu dan segan untuk mengikuti media sosial & laman sesawang syarikat penerbangan seperti di Facebook, Twitter untuk maklumat terkini promosi yang diberikan
contoh promosi Malaysia Airlines
5. Hukum 'Bas Lompat'
perbezaan 1 hentian dengan 2 hentian = RM2K++
Seperti konsep 'bas lompat' yang jauh lebih murah, tiket penerbangan juga mempunyai konsep yang sama. Bergantung kepada anda untuk 'membeli masa' anda dengan mengambil penerbangan terus atau penerbangan yang mempunyai beberapa hentian

6. Pelanggan Setia Hujung Nyawa
Setiap kesetiaan yang dicurahkan pasti ada 'bayarannya'. Kesetiaan kepada sesuatu syarikat penerbangan pastinya akan lebih berbaloi apabila kita memdapat mata ganjaran, keistimewaan penumpang dan lain-lain
contoh ganjaran kesetiaan penumpang
7. 12 Tengah Malam
Ramai yang sudah tahu bahawa pada masa-masa yang tertentu syarikat-syarikat penerbangan akan membuka promosi online mereka. Kerana itulah ramai yang tidak tidur malam kerana promosi ini hanya akan bermula pada 12 tengah malam

8. Lapangan Terbang Alternatif
Ramai yang tidak tahu bahawa Bandara Adisumormo (Solo) dengan Bandara Adisujipto (Yogyakarta) hanya terpisah dengan 30 minit perjalanan. Jika dilihat pada promosi di bawah, tiket penerbangan KL ke Yogyakarta berharga RM79 berbanding KL ke Solo RM59. Kos di antara Solo ke Yogya pula adalah serendah RP10ribuan (RM4)
Solo (RM59) & Yogyakarta (RM79)
9. Hukum +- 1 Hari
Bagi kelonggaran pada hari berlepas dan hari pulang dari bercuti. Banyak kemungkinan yang tiket hari sebelum atau hari selepas adalah lebih rendah
Khamis RM212; Jumaat RM242; Sabtu RM212
10. Hukum 'Satu Arah'
Apabila kita menempah tiket, syarikat penerbangan tahu yang kita pasti akan pulang. Jadi pada masa inilah kita akan di'pau' oleh syarikat-syarikat ini. Jadi, untuk 'mengelabui mata' pihak syarikat, kita boleh menempah promosi satu arah dan kemudiannya kita menempah pula tiket penerbangan balik.

Hakikatnya memang segala cara ini renyah dan menyusahkan tetapi atas usaha kita ini kita mungkin dapat menjimatkan kos tiket penerbangan yang sememangnya adalah kos utama dalam setiap perjalanan

No comments: