Bukan jaminan bertentang mata,
Jika tiket ke Australia dibeli sudah,
Carilah penginapan bagai yang dicerita.
cita-cata nak jadi 'roos whisperer' lagaknya |
Tidak sah jika ke Australia tanpa bersua mata dengan haiwan endemik ini. KANGAROO! Jika di anda berhajat ke Perth, Western Australia, sudah pasti Caversham Wildlife Park menjadi salah satu destinasi wajib dalam itinerari anda.
anak kangaroo boleh le aku 'eye-to-eye' camni |
Bagaimana jika aku cadangkan penginapan yang dikelilingi kangaroo dan cockatoo siang, malam, pagi dan petang? Menarik bukan? Rasai pengalaman seperti berlari-lari anak menyelamatkan roti bakar dari dijamah cockatoo, bahu ditepuk kangaroo dikeheningan malam ketika mengira bintang dan dikejar ibu kangaroo ketika cuba mengusap kepala anaknya yang masih di dalam kantung. Ini tidak termasuk pekej pintu kabin anda diketuk oleh BAPAK kangaroo di tengah malam!
korang nampak lengan BAPAK kangaroo tu? klu setakat berdarah hidung tu kira dia gurau dengan ko je |
Pengalaman manis, masam dan masin seperti inilah yang membuatkan aku memandu jauh mengheret keluargaku ke Munbinea Road (Utara Perth) untuk bermalam di Loveland, Hill River.
kabin kat belakang tu ada 2 bilik 1 bilik air. cukup selesa untuk 8 orang dewasa |
No comments:
Post a Comment