a Year of My Life: Rezeki & Jodoh 2011

Munich City - Fussen - Bregenz (Bodensee) - Nenzing - Vaduz - Basel - Lucerne - Lugano (Champione D'Italia) - Milan City - Chamonix (Tunnel du Mont Blanc) - Geneva City - Annecy - Lyon - Paris City - Disneyland Paris - Calais - Brussels - Antwerp - Rotterdam - Keukenhof - Amsterdam City - Aachen - Luxembourg City - Sttutgart - Munich City

the route from 3 attempt in 2011
Ada yang beranggapan NASIB, ada yang berkata TUAH, ada yang mengandaikan HASIL namun diriku lebih mengimani ianya adalah REZEKI & JODOH yang dihidayahkan Allah untuk hikmah agar aku bangkit dari kegagalan hidupku.
Basilica of Our Lady, Lyon

Tidak pernah di dalam azam anganku yang aku akan terbang ke negara Eropah, jauh sekali menjarahi beberapa buah negara dengan PERCUMA!!

Mengenang kembali keadaan diriku yang sangat lemah di saat itu, bilamana harapan kacaku hancur berderai kerana keangkuhan, kesombonganku pada yang Maha Pencipta. Di saat aku lupa siapa sebenarnya diriku ini, apa sahaja dayaku ini, kerana apa terciptanya diriku ini, yang Maha Pengasih telah menghadirkan kegagalan yang telah sekian lama aku lupakan iaitu aku tidak pernah memiliki apa-apa di dunia yang fana ini. Aku hanya peminjam dari yang Maha Pemurah. Inna lillahi wa inna ila hi rajioun (T_T)
Sufnersee, Sufers
Keluhan tidak bertempat, tangisan tidak berjurai, resahan tidak keruan, aku memilih jalan singkat. Jalan kufur, jalan munafik, jalan musyrik dengan menyalahi yang Maha Bijaksana, berpaling dari yang Maha Pemberi dan memusuhi yang Maha Berkuasa. Nauzubillah (T_T)
the Bad, the Worst and the Ugly
Sesungguhnya yang Maha Mengetahui telah merencanakan sesuatu yang tidak pernah aku angan-impikan di citaku. Dengan Muhasabah, aku memunasabahkan peluang REZEKI & JODOH ini tidak mungkin akan dihidayatkan padaku tanpa kegagalan aku itu. La hau la wa la kuwwata illa billah (T_T)
Keukenhof, Lisse
Berbekalkan ilham, taufik dan hidayah dari yang Maha Agung, aku memulakan kehidupan baru bersama anganan dan impian baru untuk menerokai Eropah yang esotis. Bermula dengan idea kembara kelana di jalanan (roadTrip) aku merencanakan aturan perjalanan, produk dan pakej yang tidak pernah sama sekali aku fikirkan. Apa tidaknya, tidak pernah terlintas di benakku yang aku bisa menghasilkan pekej bernilaian RM ribuan ringgit. Alhamdulillah =)
La Dame de Fer, Champ de Mars
Halaku ditujukan ke Jerman, Austria, Liechtenstein, Switzerland, Itali, Perancis, Belgium, Belanda, Luxembourg dan England. Mengapa?? Kerana secara logika, ke negara-negara Eropah inilah berpaksinya permintaan pengembara komersil di Malaysia. InsyaAllah =)
Bazul, Nenzing
Tunnel du Mont Blanc, Courmayeur
Berorentasikan kembara kelana di jalanan (roadTrip) yang aku praktikkan di Malaysia sebelum ini aku rangkumkan bersama kemudahan fasiliti dan budaya warga Eropah, maka penggunaan kenderaan motorhome / campervan (caravaning) telah menghasilkan sesuatu fenomena buat pengembara-pengembara dari Malaysia khususnya. Walaupun telah dipraktik oleh sebilangan pengembara terdahulu namun aku berharap, kehadiran pengembara marhain seperti aku ini bisa menambah rencah dan warna di dalam dunia kembara kelana perjalanan (roadTrip) ini. SubhanAllah =)
Nomadic Hotel on the EUroadtrip

3 comments:

AieSha said...

good job bro.. aku pun harap satu hari nanti diberi peluang seperti kau untuk mengembara ke Eropah...

Azizan Zolkipli said...

Tahniah Arai ! Wakjan happy for you ! dapat merealisasikan apa yang diidamkan selama ini. moga berhasil membawa satu fenomena baru ke alam pelancongan tanahair seperti yang pernah kita bincangkan dahulu. God is Great !! Thank you Allah ...

Fatt said...

tu namanya rezeki. aku tah bila masa dpt peluang gini. but its great. now apa lagi...explore India la pulak...amacam, ada berani?