Diary of a Wandering Student: Why travel?
dreamed by
Arai Utan Ujan
Diary of a Wandering Student: Why travel?: "Angels Landing from the valley floor, Zion National Park, Utah, USA To people who haven't been bitten by the travel bug, the desire to fly..."
Puing Candika Bukit Batu Pahat
dreamed by
Arai Utan Ujan
"Candi berasal daripada perkataan 'Candika' yang melambangkan kewujudan Dewi Durga yang merupakan Dewi Kematian dalam pengaruh agama Hindu."
Bersungguh-sungguh penerangan Sapian Mamat sambil menggayakan tarian 'Kuch Kuch Hota Hai' lakonan Datuk Shah Rukh Khan, Datin Kajol dan Tun Madhuri Dixit yang merupakan 'pioneer' kehadiran filem-filem Bollywood di panggung-panggung GSC mahupun TGV di Malaysia ini.
Ritual Bajang Jentayu |
Dia yang sudah berkali-kali menjejakkan kaki ke kompleks monumen bersejarah ini, mendahului langkahku dan bertindak sebagai pemandu pelancong bertauliah petang itu. Segala butir percakapannya telah aku sedia maklum memang ada tertulis di setiap papan informasi di kiri kanan candi-candi yang pegun indah di kawasan kompleks itu. Aku biarkan dia terus mengomel sambil fikiranku jauh menerawang menguliti setiap puing dan binaan yang hanya tinggal sejarah ini. Mataku tertancap pada tinggalan Candi Batu Pahat.
Candi Batu Pahat |
Walaupun candi ini tidak semegah Candi Prambanan & Candi Borobudur di Indonesia, namun sentuhan klasik, susunan batuan, puing bertaburan cukup membuat khayalanku menerobosi ruang masa yang tiada hujungnya.
Kawasan kompleks yang tidak sebesar kompleks Candi Angkor di Kemboja mudah kami jarahi kurang dari 30 minit. Laluan batuan pejalan kaki yang sempurna dan lanskap yang indah cukup untuk menggamit pengunjung untuk menjarahinya. Namun jujur ku katakan di sini yang kompleks candi ini seolah dimajukan untuk menjadi lapangan istirehat santai untuk seisi keluarga sahaja. Tidak lebih, tidak kurang. Kerusi-kerusi rehat dijadikan tempat memadu asmara oleh pasangan yang tidakku tahu taraf perkahwinan mereka. Menyedihkan =(
Niatku menjarahi candi-candi tempatan sebelum berangkat ke Siem Reap, Kemboja untuk Angkor Wat dan ke Yogyakarta untuk Candi Prambanan dan Borobudur dimakbulkan. Alhamdulillah..
Angkor Wat, Siem Reap |
Candi Borobodur, Yogyakarta |
Candi Prambanan, Yogyakarta |
From Phuket with Love
dreamed by
Arai Utan Ujan
STOP?! |
I realize that i am writing with a mood to write. Awkward. Believe me, i love to write but there is a lot of things happened to me lately especially for the last 7 days. ALASAN!! Like it or not, here i am writing about The Shirt that handed to me as a souvenir or even encouragement from one of my dearest friend cum travel partner, Aizat Awadz in his way back from Pulau Phuket Island. Thanks, man. The Shirt mean something either u intent it or not.
"Eat, Sleep, Tour"
I am living it, man. Living Life aLive!!
The Shirt, The Gift, The Appreciation |
Mereka-Mereka yang Masih Berbisik
dreamed by
Arai Utan Ujan
sokSek.. sokSek.. |
Bermula dengan makan malam bersama seisi keluarga ayahanda Yusuf Saad dan ibunda Halimah Wahab, hatiku tidak keruan. Membayang-bayang apakah istimewanya?? Benarkah masih ada?? Itulah persoalan yang yang bermain-main di benakku sehinggakan kantuk malamku dibawa bayu malam yang sepoi-sepoi bahasa alunannya.
ayahanda & ibunda bersama keluarga. terimaKasih =) |
Pasar Bisik Kuala Muda, Kedah |
Kunjungan aku ke 'pasar bisik' ini adalah atas cadangan ayahanda Yusuf Saad apabila aku bertanyakan tempat-tempat yang menarik disekitar Kepala Batas ini. Ke 'pulau'?? Sudah.. Ke air terjun?? Cuaca tidak menentu.. Akhirnya aku menerima cadangannya supaya ke Kuala Muda ini. "Kenali mereka-mereka yang masih berbisik," pesannya separuh berbisik.
memBisikkan Bisikan Bisik Berbisik |
bahan-bahan Mi Udang Pecah Peluh?? |
hasiLaut |
saujana jelapang |
Kisah Buku Kecil Berwarna Merah (2006-2010)
dreamed by
Arai Utan Ujan
Phuket Town |
2. Julung-julung kalinya dicop oleh pegawai imigresen Thailand di Stesen Keretapi Padang Besar pada 2 Januari 2007 (sehari selepas 'Bangkok 2007 New Year Bombing' yang mengorbankan 3 nyawa) dalam perjalanan menuju ke Pulau Phuket
Stesen KTM Padang Besar, Perlis |
'kurungan'ku dari Hatyai ke Phuket |
5. Secara amnya, tukaran matawang adalah THB100 = RM10
6. 'All Time Top Surprise Birthday Party' oleh Abun di Jakarta. 16-19 August 2007. Daripada tiket penerbangan ke penginapan, semuanya ditanggung!! Terima Kasih, SAHABAT!!
the night with full of SURPRISES!! |
8. Jika anda kehabisan rokok di Jakarta, anda tidak perlu mencari '7eleven' kerana '7eleven' yang akan mencari anda.
tahukah anda yang di Indonesia ada Marlboro kretek?? |
Jakarta |
11. Jangan sekali-kali melaungkan bahawa anda adalah pelancong daripada Malaysia ketika anda di kawasan membeli-belah di Bandung kerana anda mungkin akan ditawarkan barangan dengan harga matawang Ringgit Malaysia (RM) yang jauh lebih tinggi harganya. Contoh: sehelai t-shirt yang sepatutnya berharga Rp15.000 akan ditawarkan dengan harga RM10
12. Secara amnya, tukaran matawang adalah Rp100.000 = RM35
Monumen Nasional (MoNas) |
14. Perjalanan ke Clark, Philippines yang sepatutnya bersama 3 sahabat yang lain berakhir dengan 'Adopted by Philippines Air Force' kerana 2 orang 'outstation' dan seorang lagi bakal berkahwin. Merancang untuk membatalkan perjalanan namun kata-kata dari Ikan Dugong tentang 'mengenali diri' membawaku ke puncak Gunung Pinatubo. PERCUMA!! alhamdulillah =)
15. "Elakkan melancong di bandar-bandar besar kerana di situlah terdapatnya ramai orang yang terdesak dan orang seperti inilah yang selalunya mengambil kesempatan terhadap pelancong." Nasihat temanku yang merupakan Sea Force of Philippines Lieutenant mengenai 'tempat-tempat yang selamat untuk dijarahi'.
16. Membatalkan perjalanan Trans Java Island (Jakarta - Bandung - Yogyakarta - Solo - Surabaya) yang sepatutnya berlangsung selama 14hari atas alasan 'urusan kerja'. Maaf Ariy. hu2..
17. Bagiku penginapan adalah tempat singgah, BUKAN tempat untuk menetap.
18. Pekerja Pizza Hut di depan penginapanku di Bandung bukanlah pekerja restoran, tetapi peserta 'Indonesian Next Top Model'
siapa yang pernah ke Bandung pasti tahu di mana lokasi gambar ini diambil |
20. MoNas (Monumen Nasional) adalah tempat warga kota Jakarta berkelah dan bersantai. Jangankan kereta kuda yang disewakan kepada pengunjung, tikar, layang-layang, bahkan bola juga ada yang menyewakannya juga. Selepas jam 9 malam, pengunjung yang bersama keluarga akan pulang dan akan digantikan oleh mereka-mereka yang berpacaran sehingga subuh.
just did it, man!! |
Buku Kesil Berwarna Merah |
mungkin bersambung =) he2..
Jelajah Utara: dari Kuala Kedah ke Yan
dreamed by
Arai Utan Ujan
Tiada apa yang istimewa pagi itu selain daripada keindahan Sang Suria yang tidak pernah tidak memancarkan cahayanya buat makhluk di segenap pelusuk alam ini. Ironinya pagi yang indah ini diiringi lagu 'A New Day Has Come' nyanyian Celine Dion memberikan semangat baru untuk aku meneruskan penjelajahanku. Aku cuba mencari sesuatu yang unik untuk dijadikan sarapan namun sudah takdirnya kami hanya bersarapan di gerai mamak yang agak biasa =(
Perjalanan ke Yan melalui kehijauan bendang yang saujana mata memandang memeang mengasyikkan namun masih terngiang-ngiang akan kejutan yang berlaku pada malam semalam. Seekor ular Tedung Selar yang juga dikenali sebagai 'King Cobra' dipersembahkan oleh sekumpulan penjual ubat di perkarangan Stadium Darul Aman.
Sesudah melempiaskan nafsu tirukku, aku memulakan misi ke-2 di Daerah Yan ini iaitu Nasi Kari Itik. Pencarian kedai makan yang diberi nama Restoren Bersila ini amat 'memanaskan' hati dan meng'Gastric'kan perut yang sedia kebuluran. Usahaku untuk menemukan Restoren Bersila ini berhasil namun apakan daya, hari Jumaat adalah hari tutup untuk pengusaha kedai ini. Takdir masih belum berpihak padaku =(
Akhirnya aku memutuskan untuk berhenti di hadapan Hospital Yan yang terkenal dengan Gerai Mi Rebus Depan Hospital Yannya. Alhamdulillah.. Namun selera perutku pada petang ini bukannya mi rebus, tetapi Nasi Ayam BBQnya.
Perjalanan ke Yan melalui kehijauan bendang yang saujana mata memandang memeang mengasyikkan namun masih terngiang-ngiang akan kejutan yang berlaku pada malam semalam. Seekor ular Tedung Selar yang juga dikenali sebagai 'King Cobra' dipersembahkan oleh sekumpulan penjual ubat di perkarangan Stadium Darul Aman.
rasa-rasanya berapa kepanjangan ular yang dimaksudkan itu?? |
BESAR bukan.. |
Tiba-tiba aku melihat sesuatu yang agak 'rare'. Aku berpatah semula dengan membuat balik-kuang di Jalan Kuala Kedah - Yan yang agak sibuk tengahari itu. Apakah??!
stesen minyak tidak berjenama. RON95 dan Diesel sahaja |
Kunjungan kami ke Daerah Yan mempunyai beberapa misi penting. Salah satunya adalah melawat Air Terjun Seri Perigi yang merupakan air terjun yang tertinggi di Negeri Kedah (>100m). Air terjun yang berada di kaki Gunung Jerai ini jelas kelihatan dari Jalan Guar Chempedak - Yan Kechil.
TINGGI, bukan.. |
Air Terjun Seri Perigi, Yan, Kedah |
Akhirnya aku memutuskan untuk berhenti di hadapan Hospital Yan yang terkenal dengan Gerai Mi Rebus Depan Hospital Yannya. Alhamdulillah.. Namun selera perutku pada petang ini bukannya mi rebus, tetapi Nasi Ayam BBQnya.
perhatikan nama gerai istimewa ini ;p |
selera petang di Yan, Kedah |
Subscribe to:
Posts (Atom)