"Candi berasal daripada perkataan 'Candika' yang melambangkan kewujudan Dewi Durga yang merupakan Dewi Kematian dalam pengaruh agama Hindu."
Bersungguh-sungguh penerangan Sapian Mamat sambil menggayakan tarian 'Kuch Kuch Hota Hai' lakonan Datuk Shah Rukh Khan, Datin Kajol dan Tun Madhuri Dixit yang merupakan 'pioneer' kehadiran filem-filem Bollywood di panggung-panggung GSC mahupun TGV di Malaysia ini.
Ritual Bajang Jentayu |
Dia yang sudah berkali-kali menjejakkan kaki ke kompleks monumen bersejarah ini, mendahului langkahku dan bertindak sebagai pemandu pelancong bertauliah petang itu. Segala butir percakapannya telah aku sedia maklum memang ada tertulis di setiap papan informasi di kiri kanan candi-candi yang pegun indah di kawasan kompleks itu. Aku biarkan dia terus mengomel sambil fikiranku jauh menerawang menguliti setiap puing dan binaan yang hanya tinggal sejarah ini. Mataku tertancap pada tinggalan Candi Batu Pahat.
Candi Batu Pahat |
Walaupun candi ini tidak semegah Candi Prambanan & Candi Borobudur di Indonesia, namun sentuhan klasik, susunan batuan, puing bertaburan cukup membuat khayalanku menerobosi ruang masa yang tiada hujungnya.
Kawasan kompleks yang tidak sebesar kompleks Candi Angkor di Kemboja mudah kami jarahi kurang dari 30 minit. Laluan batuan pejalan kaki yang sempurna dan lanskap yang indah cukup untuk menggamit pengunjung untuk menjarahinya. Namun jujur ku katakan di sini yang kompleks candi ini seolah dimajukan untuk menjadi lapangan istirehat santai untuk seisi keluarga sahaja. Tidak lebih, tidak kurang. Kerusi-kerusi rehat dijadikan tempat memadu asmara oleh pasangan yang tidakku tahu taraf perkahwinan mereka. Menyedihkan =(
Niatku menjarahi candi-candi tempatan sebelum berangkat ke Siem Reap, Kemboja untuk Angkor Wat dan ke Yogyakarta untuk Candi Prambanan dan Borobudur dimakbulkan. Alhamdulillah..
Angkor Wat, Siem Reap |
Candi Borobodur, Yogyakarta |
Candi Prambanan, Yogyakarta |
No comments:
Post a Comment