|
Sapain Mamat dengan Laksa Kuala Perlis |
Lawatan kami ke Perlis Indera Kayangan hampir ke penghujungnya. Niat di hati mahu melawat mangsa-mangsa banjir di negeri bertuah ini namun kami yang tidak berapa bertuah ;p he2..
Kita selalu cuba untuk merancang perjalanan atau percutian kita sesempurna mungkin, namun apa yang kami harapkan sepanjang berada di Perlis ini serba tidak kena. Dari Padang Besar ke Kuala Sanglang, dari lokasi membeli belah hingga ke gua batu kapur, semuanya mengecewakan. Kesimpulannya, 'jangkaan hanya mengundang kekecewaan'.
Syukur Sapain Mamat bukan jenis yang cepat melatah. Bak kata pepatah, 'membujur lalu, melintang patah'. Kami cuba menerapkan yang percutian adalah sesuatu yang keluar dari rutin harian kita. Asalkan kita di tempat baru, bertemu orang baru, melakukan sesuatu yang baru, insyaAllah kita telah berjaya dalam percutian kita. So, NO RESERVATION, please ;p he2..
|
kunci air Kuala Sanglang |
Melalui laluan pesisir pantai menghadap ke Selat Melaka memang mendamaikan. Terbayang jika dapat kami menyusuri pantai ini dengan menunggang kuda. Pergghh!! Kami berhenti di kawasan Kuala Sanglang untuk menikmati suasana matahari terbenam di sini. Deruman enjin bot serta keharuman ikan segar dari ladang, opss..segar dari laut mendamaikan. Walau sekali-sekali nyaring enjin 'standard modified' mat rempit kampung memecah suasana, namun semuanya hampir sempurna.
|
penambang yang memisahkan Perlis (kanan) dan Kedah (kiri) |
|
apakah kaitan Twitter dengan 'Tweety Bird'?? |
|
fame in a frame |
2 comments:
uih...mcm best ja...x pnh sampai sini lg ni...ni yg rasa nk p sana ni..huhuhu
Segmen Baru: Dapat Jawab Teka Teki, Aku Promote Blog Korang
banyak jek tempat2 yg indah seantero Malaysia tercinta ini. rajin2 la berjalan..
Post a Comment