Apakah perkara pertama yang anda lakukan setibanya anda di tempat asing?? A. cari kedai minum B. bersiar-siar dengan harapan 'bulan jatuh ke riba' C. buat-buat pandai D. semua yang dinyatakan
Semua pilihan tiada kelemahannya kerana setiap satunya akan mengajar kita ilmu yang tidak pernah diajar oleh guru-guru yang bertauliah iaitu PENGALAMAN! Pengalaman adalah sesuatu yang kita ALAMI sendiri di dalam menjalani kehidupan seharian kita. Walau sebanyak mana catatan pengembaraan yang dibaca, cerita pengembara yang didengar, ia tidak akan sama dengan apa yang telah, sedang, bakal kita alami di dalam perjalanan hidup kita. Percayalah, setiap diri kita diciptakan unik!
Keunikan perjalanan kami kali ini adalah, Kompleks Bebas Cukai Padang Besar masih belum dibuka setibanya kami di sini. Mana tidaknya, kami tiba awal 3 jam sebelum kedai pertama dibuka! kami mengambil keputusan untuk tidak menunggu dan meneruskan perjalanan ke Pasar Tani Wang Kelian.
jalan yang penuh berliku |
Perjalanan yang kami jangkakan semudah 1, 2 & 3 meleset. Kenapa?? Viva 0.65 kami dikerah mendaki laluan berbukit yang selekohnya 'bagai ular kena palu' dan dongakan pendakian sehingga 75 darjah! Tidak percaya?? Kami yang telah melalui pengalaman ini sendiri masih tidak percaya yang kami pernah melalui jalan berliku ini. Perumpamaannya adalah jalan ke Cameron Highland melalui Tapah darab dua ditambah darjah Bukit Tonggek UiTM Shah Alam darab dua juga!!
Keunikan perjalanan kami kali ini adalah kami tiba bukan 3 jam, bukan 10 jam, tetapi 48 jam (dua hari) awal dari masa Pasar Tani Wang Kelian sepatutnya dibuka (pengawal sempadan mengatakan pasar ini hanya dibuka pada hujung minggu)!! ngaha2!! Pengalaman, kan ;p he2..
Masih dalam 'mood' berkobar-kobar, kami meneruskan perjalanan ke Gua Kelam. Setibanya di sana kami dihidangkan dengan papan tanda 'Kerja-Kerja Pembaikan Sedang Dijalankan'. Ya Allah!! Sekali lagi?? Unik, bukan?!
gua kelam kabut dibuatnya!! |
cubaan |
'kakitangan' |
Namun 'pengalaman unik' kami ini terubat dengan pemandangan dari puncak yang tidak pernah termasuk di dalam jadual rancangan lawatan kami. "kita selalu mengeluh bila hujan sewaktu kita dambakan sinar suria namun, kita hanya akan sedar jika tiada hujan, kita tidak akan bisa menikmati suria bersama PELANGI'. Ironinya metafora suria, hujan dan pelangi di dalam kehidupan seharian kita. Lumrah manusia dan alam tidak akan pernah dapat dipisahkan. Syaratnya cuma SYUKUR & REDHA =)
memandang pandangan pemandangan |
Kepuasan, kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, Bandar Kangar!! Asalnya kami cuba mencari 'Nasi Ganja' tetapi oleh kerana kami tiba di bandar pada waktu puncak dan keroncong perutku dan petikan gitar perut Sapian Mamat semakin menggila, kami memutuskan berhenti makan di gerai yang dahulunya (2 tahun lepas) menghidangkan makanan semurah RM1.50. Tidak hairanlah Sapian Mamat memesan dua jenis makanan bersama dua jenis minuman. Bukan kerana beliau 'gemuk', tetapi kerana harga makanan yang agak 'menyelerakan' ;p
menu Sapian Mamat = pasembor + key teow goreng + ABC + teh ais. gemok, kan.. he2.. |
kilometer SIFAR seperti di Kuala Lipis, Pahang |
2 comments:
trip kurang seronokkan sebenarnya sbb takda aku... ;p
xcukup 'corumn' laa.. si Sapain plak sikit2 nangis, sikit nangis. baru cubit sikit ;p
Post a Comment