Ada Apa Dengan Cinta ehh..Mersing??

Menunggu memang masa yang membosankan tetapi bukan kali ini. Aku bertanggungjawab memandu 3 orang sahabat menghabiskan hujung minggu mereka di Pulau Tinggi, Mersing.

Lebih kurang 6 jam perjalanan melalui jalan2 yang dibasahi rintik2 hujan cukup memenatkan Allan. Namun dia gagahkan juga pemanduannya sehingga ke Muadzam Shah. Dari sini aku yang dari tadi tidur2 ayam menyambung tugas sebagai ‘pilot’ utama. Si Darina yang kononnya nak melelapkan mata terpaksa melayan ngomelan aku hinggalah kami berhenti rehat di Masjid Tanjung Gemok, Kuala Rompin, Pahang. Si Nuar dari Bahau, N9 tadi sudah mengibarkan ‘bendera putih’ untuk perjalanan malam itu.


Pagi yang agak mendung menyebabkan kami terlajak bangun dan perut2 yang memainkan lagu ’Keroncong Untuk Ana’ menuju ke Restoran Mat Baba di pekan nelayan (bukan pekan koboi) di Endau. Selera kami dihidangkan dengan lontong yang lemak manis disukai ramai selain roti canai yang dicanai tokey restoren ini sendiri.

Destinasi pertama kami adalah ke Pantai Tanjung Penyabong yang agak popular dikalangan pelancong Singapura dengan juadah ikan bakarnya di sebelah chalet berbentuk sebuah bot (rasanya memang sebuah bot suatu ketika dulu) dan seterusnya menyusuri pantai untuk meninjau sama ada benar terdapat tinggalan lanun di Pantai Pasir Lanun. Tiada peti mahupun emas permata di pantai ini selain dari pantai yang telah dipajak oleh sebuah kem peranginan.


Seterusnya kami menuju ke Pantai Teluk Gorek dimana kami mendapat maklumat adanya sebuah gua yang digelar Gua Lanun oleh penduduk setempat. Setelah bertanyakan seorang makcik yang sedang menyapu daun2 kering dihalaman rumahnya (rasa xpercaya di garaj rumahnya terdapat 2 buah bot sepanjang 20 kaki), kami difahamkan yang beting pasir yang menghubungkan daratan dan pulau yang didiami oleh Gua Lanun itu tidak akan ditenggelami air seperti tahun2 yang sebelumnya. ‘global warming’ katanya dalam bahasa inggeris. Menyusuri beting pasir sepanjang lebih kurang 1km kemudiannya melalui hutan paya bakau kami mencari gerbang Gua Lanun seperti yang telah dimaklumkan kepada kami. Kami meninjau keadaan sekeliling sambil memerhatikan gerak laku sejenis ketam yang mempunyai penyepit besar sebelah. Cacatkah?? Bukan, kerana semua koloni ketam disitu mempunyai ‘kecacatan’ yang sama!! Setelah lebih kurang 30minit mencari, kami menyerah dan mengambil keputusan untuk berpatah balik ke kereta kerana jam sudah menunjukkan jam 12 tengahari. Bot kami ke Pulau Tinggi pukul 2 petang. Sempatkah?? Walaupun berangan2 makcik tadi akan menjemput kami makan dengan hidangan tradisi Mersing, namun apa yang kami jamah hanyalah roti dengan tuna mayo yang disimpan di bonet kereta oleh Allan & Darina. Aku & Nuar sebatkan jek ;p

Kami membelok ke kiri ke Felda Tenggaroh (dari Bandar Mersing) dan menuju ke Jeti Tunjuk Laut, Tanjung Leman. Pembinaan Felda Residence (yang terkenal dengan keempat bintangannya) dan KFC (dengan boat drive through) di kawasan jeti menunjukkan akan ada pembangunan pesat di kawasan Tunjuk Laut ini. Bersama2 penduduk kampong Pulau Tinggi dan sekumpulan pemancing tegar dari Semenyih kami menaiki bot nelayan yang diberi nama ’GLORIA’ yang dipandu dengan penuh hemah oleh bro Eddy tanpa tali pinggang di seat belakang. Kami bernasib baik kerana tiada ‘road-block’ pada petang itu ;p

Dari kejauhan kami sempat merakamkan ‘terendak cina’ gergasi di tengah2 lautan membiru. Abang Mat sepupu bro Eddy menjelaskan sejarah Pulau Tinggi di sepanjang 1 jam perjalanan kami meredah ombak yang xberapa ganas.

Akhirnya kami tiba di Jeti Kampong Pasir Panjang (long beach) disambut mesra oleh Paksu Shahrom untuk terus ‘check-in’ ke penginapan budgetnya. Walaupun hari yang agak muram mendung namun pantai seputih salju yang dibasahi air sehijau air di tasik amat mengujakan. Perhentian?? Redang?? Tioman?? Jangan xpercaya yang pantai dan air di Pulau Tinggi ini andainya tidak setanding mungkin lebih cantik dan dara daripada pulau2 tersebut. Benarkah?? He2..


Pilihan penginapan lain adalah Nadia’s Inn (telah berhenti beroperasi sejak 5 tahun yang lalu) dan Tinggi Island Resort (yang hanya mengambil pakej berkumpulan). Sebelum masuk ke penginapan, kami dihidangkan dengan Bubur Durian resepi Maksu Azimah. “rezeki kamu durian tengah luruh” katanya.

Allan, Darina & Nuar tidak perlu berfikir panjang untuk menjalankan aktiviti berenang2 ketepian & bermandian & berbasahan (seharian xmandi kot.he2..). Sesudah makan malam aktiviti karaoke berlanjutan hingga ke 12 tengah malam. Kami masuk tidur dengan harapan terjaga pada pukul 4 pagi nanti. Hajatnya untuk menyusuri pantai kerana mengikut perkiraan Paksu & Maksu ada penyu yang akan mendarat awal pagi itu. zzZZz.. harapan je laa ;p he2..

Pagi itu kami dihidangkan Nasi Lemak Pulau Tinggi dan sambil tersengih Maksu menyuakan kami bekas berisi pasir yang dipenuhi telur panyu!! Dari saiz telur yang agak kecil Maksu memberitahu telur itu adalah telur Penyu Sisek. Sambil menepuk dahi dan menyesal kerana tidur (ye laa,nak tidur kat umah pon bole tido) pada malam tadi. Melepas.. Abang Mat yang telah bersedia dengan mask & j-tube mengajak kami meneruskan hidup dengan melihat terumbu karang di Pulau Mentinggi.

Pulau Mentinggi adalah kawasan yang telah digazetkan oleh Jabatan Taman Laut sebagai salah satu kawasan pemuliharaan taman terumbu karang di Taman Laut Pulau Tinggi. Dengan terumbu2 dara yang membentuk kelopak2 bunga yang bewarna unggu dan tanduk rusa bewarna hijau amat mempersona kami yang pertama kali ke sini. Namun masalah ‘global warming’ (bak kata makcik kt Pantai Teluk Gorek semalam) telah meningkatkan suhu air laut hingga ke 30 darjah celcius dan istilah ‘bleaching’ menjadi buah mulut pencinta taman2 laut di saat ini telah menjadi ajen pemutih kepada karang2 ini =(
 

Camar Tengkuk Hitam yang berlegar2 2-3 jengkal dari ubun2 kami amat menghiburkan. Malangnya kami tidak berkesempatan ke kawasan sarang beburungan ini kerana kesuntukan masa dan keinginan ‘memburu’ anemone yang seringkali meniti di bibir pangembara taman laut. Abang Mat membawa kami di lokasi di antara Pulau Tinggi dan Pulau Mentinggi di mana anemone bermaharajalela di celah2 karang tanduk rusa.

Kami pulang untuk makan tengahari dan meneruskan hari kami dengan aktiviti jungle trekking. Nuar yang tidak puas dengan Bubur Durian petang semalam mengidam durian! Jadi kami menyusuri denai melalui kebun2 durian dan petai2 liar yang subur berbuah. Hajat dihati membelah durian yang gugur tetapi kewarasan akal pantas menidakkn nafsu durjana kami. Kami meneruskan perjalanan menuju ke kawasan paya bakau yang pada waktu malamnya dipenuhi koloni kelip2. Kerana kepenatan, kami memutuskan untuk menyusuri pantai dan tebing batu untuk kembali ke pangkal jalan.

Malamnya kumpulan pemancing tegar dari Semenyih yang membawa hasil tangkapan yang agak lumayan mengajak kami memanggang hidupan laut itu bersama2. Sambil menunggu perlawanan Uruguay vs Germany, kami sebagai rakyat Malaysia yang lahir di Selangor beramai2 menyaksikan perlawanan hebat diantara Selangor & Kelantan. Dek keletihan, malam itu berakhir dengan tragedi TIDUR AWAL!!

Hari terakhir bermula dengan aktiviti ‘alang2 mandi, biar sampai basah’. Allan & Darina sempat meneroka karang di depan kawasan chalet berdua2an. Setelah bersiap2 dan bermaafan2 eh, berterima kasihan dengan Paksu Shaharom & Maksu Azimah kami meneruskan langkah longlai meniti jeti usang untuk pulang ke daratan.


Setibanya di jeti, tanpa izin dan segan silu kami berempat meng’order’ Mee Bandung Pontian dari pakcik kedai yang berasal dari Pontian dan dengan mee bandung yang lazat hingga menjilat jari inilah pengembaraan Mersing - Pulau Tinggi melabuhkan tirainya sebelum dengan pemanduan ala Mika Hakkinen oleh Allan membawa kami pulang ke ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

2 comments:

Unknown said...

ko mandai je rai akfc tu de boat-drive-thru kt jeti tu..gle canggih.wakaka.trip ni mmg best..tdo sume cukup..u all jgn riso,g trip ngn rai xganggu waktu tdo..best.

Arai Utan Ujan said...

adoyai..ang la tdo byk.si nuar dok sibuk explore utanBakau kt pulau tu.btw,thanx 4 joining me =)