yang Tawar, yang Masin & yang Payau di Terengganu Darul Iman

Air Terjun Chemerong
Setibanya di Hutan Lipur Chemerong ini kami terus mendaftarkan diri untuk memasuki kawasan hutan lipur di bawah penguatkuasaan Jabatan Hutan Terengganu. Setelah bersiap-siapan menyarungkan pakaian basah masing-masing, kami memulakan aktiviti merentas hutan atau dalam bahasa ibunda penjajahnya ‘jungle trekking’ ;p

Pada awalnya kami menyusuri laluan bersimen melalui beberapa ‘check point’ seperti peta Hutan Lipur Chemerong (yang menunjukkan lokasi Air Terjun Chemerong, Air Terjun Lansir & Gunung Berembun), perhentian nasihat (Ara & Merbau), jambatan gantung dan tapak perkhemahan sebelum sampai di penghujung laluan bersimen.

Laluan hutan yang agak basah tidak begitu menyukarkan walaupun untuk mereka yang tiada ‘fitness’ atau ‘pancit’ ;p Penjalanan yang agak mudah walaupun memakai ‘roxy sandal’ berlanjutan lebih kurang 30-45 minit (bergantung kepada ‘cc’ atau ‘hp’ jantung, peparu & lutut anda. Namun perjalanan yang kononnya memenatkan pasti tertebus dengan:



Pulau Redang
Kami tiba di jeti Pulau Redang pada pukul 1230 tengahari dan disambut Azmi Awang @ Mir @ May @ MaggiMee dengan pandangan pelik (rambutku.hu2..). Menaiki van Asmadi Café kami menikmati makan tengahari dan kemudian bersiap-siap untuk aktiviti SNORKELING hingga muntah!!

Bersedia dengan pakaian renang masing-masing, kami menaiki bot ‘Anak Merah’ menuju Pulau Paku yang terkenal dengan Staghorn Coral @ Karang Tanduk Rusa, Chrismas Tree & Sea Anemone. Kemudian kami menuju ke ‘Shark Point’ di mana ‘Black Tip Shark’ mudah didapati dikawasan ini. Destinasi ketiga membawa kami ke ‘Turtle Point’ (di antara Teluk Kalong & Pulau Pinang) yang dasarnya menjadi ‘tempat lepak’ Penyu Karah & Penyu Lipas yang masih mendiami taman laut ini. Terdapat peserta yang telah penat melayan keindahan dasar Taman Laut Pulau Redang ini namun perjalanan diteruskan ke Pantai Pasir Akar di mana kawasan ini dijadikan kawasan ‘ternakan karang tiruan’ @ ‘artificial reef’. Di saat matahari hamper terbenam diufuk barat bot dilabuhkan di Pulau Pinang’s ship wreck untuk ‘Kerapu Gergasi & Morey Eel’ yang mendiami kawasan ini. Muntah?? Saya terpaksa memuntahkan diri dek kerana ego peserta yang menyimpan perasaan penat dan bersama lelah pulang kembali ke Jeti Pulau Redang dilambai remang2 senja yang mengasyikkan.



Pantai Teluk Dalam Besar


Seawal 8 pagi kami meredah bebatuan dari Pantai Teluk Dalam Kecil (Berjaya Beach Redang) menuju ke Pantai Teluk Dalam Besar untuk ke ‘Kolam Air Payau Redang’ hasil pertembungan lautan & muara bakau yang hanya dapat dinikmati di saat air pasang. Berkelah dan melakukan aktiviti tirukMeniruk adalah keistimewaan kawasan ini disamping panorama Air Masin + Air Tawar = Air Payau