nak tido pon kena baya ke?! - Mukasurat 3

Jika keselesaan bukan menjadi agenda utama aktiviti perTIDURan korang, korang boleh cuba praktikkan kaedah-kaedah ini yang jauh lebih TIDAK selesa berbanding kaedah-kaedah yang diselatankan pada nak tido pon kena baya ke?! - Mukasurat 1 dan nak tido pon kena baya ke?! - Mukasurat 2.

6. Hotel 1000 Bintang
Korang mesti pernah pernah 'main pondok-pondok' kan?? ini adalah kesinambungan daripada permainan tersebut apabila korang sudah tua dewasa. Konsep ini mungkin tidak dapat dilakukan sesuka hati di negara orang namun ada kemungkinan tinggi yang korang boleh memacakkan khemah korang di satu-satu kawasan dengan syarat korang mempunyai khemah sendiri.

Selain dapat tempat tidur PERCUMA, korang juga akan dihiburkan dengan kicauan burung di pagi hari, dan mungkin lolongan serigala di malam harinya. Indah bukan.. Berlatarbelakang banjaran yang melintangi ufuk dan tasik atau lautan di pintu khemah korang. Itu belum lagi desiran ombak memukul pantai atau deruan air di jeram berhampiran. PERGHH..
hotel 1000* tanpa 'hot-shower' 
7. Hotel Bergerak
Mungkin bukan budaya kita di Malaysia ini mengembara dengan menggunakan 'caravan', 'campervan mahupun 'motorhome' namun di luar sana konsep ini menjadi kaedah efektif untuk memaksimakan kembara dan meminimakan kos. Apa tidaknya, selain pengakutan adalah katil, dapur, tandas dan almari ada bersama di dalam kembara korang.

Kaedah hotel bergerak ini dibudayakan di sekitar Eropah, United Kingdom, Scandinavia, Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Australia & New Zealand. Jika korang tidak mampu membeli caravan ini (seperti aku), sewa sahaja daripada syarikat-syarikat yang berkaitan.

Jika tahap keselamatan yang korang risaukan, korang boleh memilih beberapa tapak caravan yang bertaburan di seluruh negara (yang disebutkan) dengan bayaran yang minima (kos letak caravan). Dari tapak caravan yang berada di Pergunungan Alps di Austria, Tasik Geneva di Switzerland, Pantai Cordoba di Spanyol ke Sungai Rhine di Jerman semuanya pasti memberikan pengalaman yang korang tidak mampu lupakan.
tapak perkhemahan di Geirangerfjord, Norway
8. Sahabat Sejatiku Si 'Sleeping-Bag' & 'Hammock'
Di mana-mana tempat dan bila-bila masa sahaja bersama 'sahabat sejati' korang ini, korang boleh melelapkan mata tanpa apa-apa kos. Asalkan korang sedia mengheretnya ke mana-mana


3 comments:

Jard The Great said...

post ini lucu.. hehehehe

Lily Riani said...

1000 bintang hotel. Best way to describe it hahahha.... Bila nak RV london amsterdam? Kalau nak reply, reply dlm blog i yek, tkt termiss baca

Arai Utan Ujan said...

London ke Amsterdam kena melalui Selat Inggeris. Menggunakan terowong atau feri??