nak tido pon kena baya ke?! - Mukasurat 1

Aku meletakkan tanda aras keterhebatan setiap kembara aku pada jumlah kerugian wang ringgit yang telah dileburkan ke atas pengangkutan dan tempat tinggal. Lebih kurang wang yang dileburkan, lebih cemerlang, gemilang & terbilang kembara aku itu. Apatah lagi jika dapat bercuti secara PERCUMA!!

Dalam hal penginapan, kebanyakan pengembara tegar selalunya akan memilih untuk berhimpit-himpit menginap di asrama kembara. Lebih jimat. Lebih merakyat. Lebih Maklumat. Di sinilah kebanyakan setiap kembara bermula apabila korang mula bercampur gaul dengan pengembara-pengembara lain (terutamanya aweks) namun ironinya korang masih lagi perlu membayar. "Nak tido pon kena baya ke?!"
30Euro (RM120) untuk harga sebuah katil semalaman
Walaupun berharga serendah RM30 (USD10) semalaman, namun wang hasil titik peluh korang tu lebih layak untuk dibelanjakan pada hal-hal yang lain yang lebih berfaedah. Pada pandangan aku, PERCUMA lebih murah daripada kos yang murah, kan.
1. TUMPANG Rumah Keluarga atau Kawan atau Kawan kepada Kawan kepada Keluarga
Jika destinasi kembara korang adalah di luar negara, ringan-ringankan jari-jemari anda untuk mencari persatuan pelajar di negara-negara tersebut. Disamping mendapat penginapan PERCUMA, korang akan mendapat 'tips & tricks yang terbaik dan terbaru dari sahabat baru anda ini. Jika tidak ada pelajar yang sudi menerima anda sebagai tetamu (mungkin kerana kurang kacak), cuba daftar diri anda di dalam forum pertukaran penginapan seperti Couchsurfing. Walaupun hanya bertilamkan sofa namun ia memadai untuk mendapatkan tidur secara percuma anda. Untung batu, timbul. Untung sabut, tenggelam. Jika anda cukup bertuah, anda akan mendapat sarapan pagi dan makan malam PERCUMA dan pemandu pelancong yang tidak bertauliah secara PERCUMA juga.
jangan lupa membawa 'sleeping bag' anda
Di zaman Facebook yang canggih-manggih ini, peluang untuk anda mendapat peninapan PERCUMA di dalam negara lebih mudah. Apa gunanya 'friendlist' korang yang beribu-ribu jika tiada manfaatnya. Sebenarnya dalam tidak sedar kita telah acapkali menggunakan teknik 'tumpang' atau 'lepak' ini pada masa lalu. Contohnya, kala Syawal menjelang dan kita pulang ke kampung halaman tercinta, kita akan menumpang rumah sanak-saudara atau sahabat-handai daripada berhabisan menempah hotel. Tidur berjemaah, baru syiok.


2. 'JAGA' Rumah
Sebenarnya ramai manusia di dalam dunia ini yang mempunyai kepercayaan kepada perkhidmatan penjagaan rumah ketika mereka melancong. Jika korang cukup kacak dan terpilih (selepas berdaftar dengan agensi / lama sesawang berkaitan), korang perlu menjadi 'JAGA' rumah, membersihkan kolam renang, menyiram pokok bunga atau memberi ikan / kucing makan. Disamping mendapat penginapan PERCUMA (mungkin banglo mewah di tepi pantai), korang juga akan diberikan sedikit bayaran. Bak kata pepatah, Yang bulat datang bergolek. Yang pipih datang melayang.

Di antara laman sesawang yang menawarkan peluang-peluang ini adalah seperti http://www.trustedhousesitters.com/http://www.luxuryhousesitting.com/http://www.aussiehousesitters.com.au/ dan lain-lain yang seupama dengannya. Namun, kebanyakan peluang ini memerlukan 'pelaburan' secara purata USD50 (RM150) sebagai yuran untuk setahun untuk berpeluang menjadi seorang 'JAGA' rumah yang tidak bertauliah dengan kata lain, 'bekerja sambil berjalan'.

1 comment:

Lily Riani said...

Creative... Very creative. All 3 post and few others i randomly read. I've booked mark your blog :)

Best baca hehehheheh...