5/10
(2225hr) heading to Muar, Johor. InsyaAllah.. bismillah.. — in Kampung Paya Seberang
Johor Darul Takzim |
6/10
(0051hr) kuapan berkali2 menghentikan lamunanku yang dibawa meninggalkn Selangor, melewati Negeri Sembilan n Melaka. lagu everyday I'm shuffling yang sengaja dikuatDengarkan hampir tidak membantu. take-5 di plaza tol Tangkak..
(0121hr) melalui Kesang, Pekan Rawang n Tanjung Agas, akhirnya menyeberangi Jambatan Sungai Muar menandakan Daerah Ledang ku tinggalkan masuk ke Bandar Muar. alhamdulillah..
(0144hr) - popular with their 'Mi Bandung Muar' n 'Sate Muar', with historical Bukit Kepong within reachable, I'm heading to Batu Pahat, Johor. insyaAllah.. bismillah.. — in Muar, Johor, Malaysia
Al-Fatihah |
(0246hr) melewati Seri Menanti, Semerah dan beberapa pekan kecil akhirnya tiba juga di Jajahan Batu Pahat. Ditemani cd cetakRompak waliBand, kemamaian aku semakin dapat dikawal. Pheww..
(0250hr) I heard people around said about the riverside 'Sate BP'. Never try it so, I'm heading to Pontian. InsyaAllah.. Bismillah.. — in Batu Pahat.
Pantai Minyak Beku - courtesy mpbp.gov.my |
(0338hr) Perjalanan dari Bandar Batu Pahat hingga ke Koris benar2 menduga teknik pemanduanHemahku. Syukur juga kerana jalan berlikuBukit ini sedikit sebanyak menghilangkan kantukku yang semakin menguasai minda di saat jam menunjukkan 3.33 pagi ini. Kali ini giliran maherZain menemaniku setelah cd waliBand td diakhiri dengan lagu anuarZain. Dasar cetakRompak!! Huarrghh.. Nguap lagi..
(0411hr) Melalui Parit Karjo, aku tiba di Pekan Senggarang yang mana masih lagi di tanah Jajahan Batu Pahat. meneruskan perjalanan, akhirnya tiba di Pekan Rengit di mana buat yang tidak mengetahui, Kuala Rengit terkenal dengan bundle perabotnya. Serius meriah!!
(0417hr) Tiba di Benut. Terkenang memori Adib Razi (kakanda Aishah Razi) menghantarku ke Hentian Bas Benut setelah semalaman di rumah Cikgu Razi. TerimaKasih, makAbah. Maaf, anakanda xdpt singgah. Ada misi yang perlu disudahkan =(
(0450hr) Alhamdulillah sampai juga di Bandar Penghujung Benua Asia ni. Tapi ni baru Bandar Pontian, belum Pekan Pontian Kechil lagi. Lagu nurKasih yang diputarkan hotFM meruntun jiwaku yang dalam mood zzZZzz ni. Mana 'port' baek ni?? Haih..
Tip of an Asia |
(0512hr) akhirnya mengambil keputusan iktikaf di Masjid Jamek Pontian. Xlarat daa. Even my mind say "go", my body say "no". Sedar xsedar aku semakin dimamah usia =p
(0518hr) 'Iktikaf' for a moment with intention to have a nap before solat Subuh. Heading to Johor Bharu after breakfast, insyaAllah.. — at Masjid Jamek Pontian.
(0524hr) Lapar la plak.. Hakisan asid di dalam perutku berjaya menghasilkan bunyi gemerincing yang kononnya cuba mengadaptasi Zapin Johor. Selera plak aku nk mnari ppagi ni!! Mana aku nak sarap kt Bandar Pontian ni, ek?? Mohon cadangan2 yang bernas dari sahabat2 yang ambil tahu =(
(1318hr) KEBABOM!! Azan zohor berkumandang, menandakan sangSuria tengah terpacak tegak di tengaHari.Lena siap mimpi bagai waktu 'iktikaf' ku. Bersuci di Masjid Jamek Pontian sangat mesra musafir ini. Xde 'hotShowerGel' jek =p dek kerana aku berniat 'qasar', aku perlu menunggu jemaah utama selesai dahulu sebelum men'jamakTakdim'kan zohorAsar ku. Slps 'breakfast' satgi sambil jalan2 cari makan (tips Jamaliza Md Khayon), insyaAllah ku teruskan Kembara Musafir Johor ku ini. Stay tuned =)
(1405hr) Masjid Jamek Pontian.. Adalah dengan limpah ke bawahDYMM Sultan Ibrahim Johor telah dimulai membinanya pada siang ahad 1hb Muharam 1356 Hijrah. Telah dibuka masjid ini dengan istiadat oleh YMM Tengku Pemangku Raja Johor karana ke bawah Duli (ya nga mim ha tho lam ya) Tuanku Sultan Johor pada pukul 12.30 siang jumaat 7 Rejab 1357 Hijrah dengan lafaznya, "aku waqafkan masjid ini kerana Allah Taala selamanya"
(1541hr) Pasaipa aku suka 'drive' ttengah malam?? Ni la pasainya! Pontian Kechil da macam Jalan Kuchai Lama!! Serius aku xsuka beratur. Masa itu EMAS babe!! Haih..
(1620hr) Betul2 d sempadan Jajahan Pontian. Pulai terkenal dengan Gunung Pulai n sekali pakej dengan Air Terjun Gunung Pulai. Ada penduduk tempatan yang mengatakan air terjun dari Gunung Pulai ada 2. Any info??
Air Terjun GUNUNG PULAI Waterfalls - courtesy waterfallsofmalaysia.com |
bersambung..
No comments:
Post a Comment