#roadtrip 6H5M di sekitar Melbourne (tempat menarik PERCUMA) - Hari Ketiga

Queenscliff Pier | Sorrento Pier | Back Beach Rock Pool | Flinders Blowhole | Mornington Main Street | Mills Beach Bathing Box | Arthur's Seat Lookout

susulan #roadtrip 6H5M di sekitar Melbourne (tempat menarik PERCUMA) - Hari Kedua (petang)

Setelah menyusuri Great Ocean Road sepanjang 2 kini tiba masanya untuk anda ke Mornington Peninsula. Anda boleh memilih untuk membawa kenderaan untuk menyeberang Port Phillip dengan menaiki SearoadFerries untuk ke Sorrento (Mornington Peninsula). Sepanjang 45 minit pelayaran ini, anda berpeluang untuk melihat dolphin atau seals yang sering menuntun feri ini. Jika anda bernasib baik, anda mungkin akan dapat melihat Killer Whale @ Orca

Queenscliff - Sorrento through through Port Phillip


Tidak seperti Port Campbell NP (Great Ocean Road), Mernington Peninsula mempunyai banyak 'rock pool' yang kebiasaanya 'fully booked' pada musim panas. Antara yang terkenal di sini adalah Back Beach Rock Pool. Sila bawa bersama snorkel & goggles untuk menikmati keindahan 'underwater world' terutamanya 'soft coral' yang unik
the rock pool garden

Di samping rock pool yang unik, pesisir Mornington Peninsula juga terdapat be berapa blowhole dan Flinders Blowhole adalah yang paling mudah untuk di'access'
the blowhole
Anda mungkin pernah mengambil gambar di Brighton Beach Bathing Box namun adakah anda pernah ke Mills Beach Bathing Box? Untuk pengetahuan, setiap bathing box ini adalah milik persendirian dan kebiasaannya ia akan disewakan kepada pengunjung pantai yang mahukan tempat berteduh di musim panas. Sama seperti konsep wakaf di Malaysia
bathing box
Jika anda masih belum puas untuk melihat dan bergambar dengan Kangaroo di Great Ocean Road, sila berkunjung di Arthur's Seat Lookout. Masa yang dicadangankan untuk melihat Kangaroo ini aktif adalah +-1 jam sebelum senja (Maghrib). Jika anda tiba awal, anda boleh Jama' Takhir di sini (ada tandas awam), buat persediaan dan makan malam sambil menikmati matahari terbenam di Port Phillip. Jika cuaca mengizinkan, anda akan nampak penahan langit Melbourne CBD di horizon
roos roaming wild at the garden




No comments: