nak tido pon kena baya ke?! - Mukasurat 2

Kesinambungan dari nak tido pon kena baya ke?! - mukasurat 1, aku cuba untuk mempelbagaikan kehendak korang yang dok sibuk cari penginapan yang selesa tetapi MURAH PERCUMA melalui cara dan kaedah yang sering digunapakai oleh pengembara lain di luar sana.

3. Petik Buah di Rumah Ladang
Melalui beberapa laman sesawang yang menawarkan pekerjaan sementara, korang boleh lebih bersedia untuk bekerja secara sambilan seperti menuai hasil tanaman dan memetik buah di ladang-ladang yang terpilih. Selain daripada memberikan tempat tinggal PERCUMA, pengusaha ladang-ladang ini juga akan membayar upah (duit poket) untuk membolehkan korang meneruskan kembara di kawasan sekitar. Makan minum korang juga akan terjaga disamping mendapat khidmat pemandu pelancong tidak bertauliah dari kalangan pekerja-pekerja tempatan yang lain.

Selain daripada itu, korang juga boleh redah ke mana-mana 'backpackers hostel' yang sudi menawarkan tempat tinggal PERCUMA dengan syarat anda wajib bekerja untuk mereka sama ada sebagai penjaga kaunter, pengemas bilik atau pemandu pelancong (Bahasa Inggeris).
mereka menuai sayur dengan senyuman yang menawan
4. Sukarelawan @ Paksarelawan
Oleh kerana korang mahukan tempat tinggal PERCUMA, korang juga boleh mendaftar menjadi 'paksarelawan' di lokasi-lokasi yang tertentu di mana anda harus berkhidmat seperti seorang cikgu Bahasa Inggeris yang kental, Pakar Motivasi yang penyayang dan pelbagai watak lagi. Mengapa paksarelawan?? Kerana korang hanya mahukan tempat tinggal PERCUMA dan TERpaksa berkhidmat sebagai watak-watak hero rakyat untuknya. (tips: berlatihlah untuk sentiasa tersenyum atau anda boleh jongangkan gigi anda untuk tersenyum secara automatik)

5. Parasomnia (Berjalan Ketika Tidur)
Cara ini selalunya korang praktikkan untuk kembara antara bandar dimana korang akan memilih pengangkutan yang memberikan fasiliti tempat tidur kepada anda. Sememangnya korang masih perlu membayar tetapi anggaplah kos itu hanya kos korang untuk transit dari satu tempat ke tempat yang lain. Pemilihan traansit pada waktu malam adalah yang paling praktikal kerana anda tidak perlu membuang masa anda yang terhad di dalam perjalanan. Anda boleh memilih variasi berbentuk bas, kapal pelayaran, kereta api atau kapal terbang (lokasi-lokasi tertentu sahaja).
'hotel bergerak'
Bersampung ke nak tido pon kena baya ke?! - Mukasurat 3

2 comments:

Lily Riani said...

Parasomia. Read twice then I got it.... Can i hyperlink to your blog in the future?

Arai Utan Ujan said...

silakan.. the pleasure is mine =)