Pesta Meriam Talang


Acapkali terdengar keluhan sahabat-sahabat seangkatan yang merasakan Aidil Fitri di zaman siber ini tidak lagi semeriah dahulu. Jika diimbas kembali kenangan bermain mercun dan bunga api adalah detik yang ditunggu-tunggu selain daripada mengumpul duit raya. Namun selepas tragedi berdarah Mei 1991, permainan, pembelian, penjualan, pengedaran dan penghasilan produk dari belerang seperti bunga api, mercun dan meriam telah diharamkan kerajaan Malaysia.


Cubaan menghidupkan semula tradisi Aidil Fitri telah diusahakan sejak 5 tahun yang lalu di mana bertempat di Teratak d'Dusun, acara tradisi membakar Lemang, menganyam Ketupat, mengacau Dodol dan memasak Rendang a'la Malam 7 Likur telah dimulakan. Namun kemeriahannya masih belum dapat menandingi 'kegegak-gempitaan' Pesta Meriam Talang di Kuala Kangsar.


Permainan meriam buatan sendiri yang sepatutnya diharamkan telah mendapat perkenan Sultan Perak untuk dikecualikan buat satu malam sahaja iaitu pada malam Aidil Fitri (selepas berbuka hingga ke sebelum solat raya) *menurut penduduk Kampung Talang








No comments: