yang berBAHAYA, yang terUJA, yang terKILAN dengan EU80 di Milan

 
Italia
Aku bersama ramai yang lain percaya yang Itali di bayangi golongan mafia seperti di dalam cerita, The GodFather. Namun perlu diingat bahawa dengan kehadiran Mafia aka 'abang kawasan' (jika ada) inilah yang memastikan sesuatu kawasan itu selamat dan sejahtera untuk dikunjungi atau didiami. Mengapa?? Kerana secara amnya Mafia2 ini hidup BUKAN dengan meragut, merompak atau menyamun TETAPI dengan memastikan kawasan jajahan mereka selamat dan terkawal secara politik dan ekonominya.

The GodFather
Sekali lagi aku cuba menjarah dengan pakej bas yang dinamakan 'Milan City Sightseeing Tour'. Aku memberikan jarahan ini 1* dari 5* kerana persembahan yang bagai melepaskan batuk di tangga. Berbekalkan 'earphone' cap telur ayam dan soket yang tidak diselenggara secara 'wasatiah' aku akhirnya turun di hentian Duomo yang terkenal dengan Duomo di Milano dan Galleria Vittorio Emanuele II.


menggunakan jagung yang berharga EU50  dan bernilai EU0.05!!

Aku akhirnya megambil keputusan untuk berjalan kaki dalam rangka jarahan kota Milan yang ku kira tidak sebesar mana. Lebih kurang setengah jam menyelusuri deretan butik2 yang TIDAK terkenal (oleh aku), akhirnya aku tiba di hentian Castello. Aku menerobos masuk melalui Castello Sforzesc, melintasi Triennale hingga ke Arco della Pace. Di sinilah akhirnya aku mengambil keputusan untuk meneruskan penjarahan aku hingga ke Stadio Giuseppe Meazza atau lebih dikenali sebagai Stadium San Siro.







Perjalanan yang dianggap mustahil dalam cuaca yang membahang oleh setiap penduduk tempatan yang tahu akan tujuanku, diteruskan hinggalah aku bertembung dengan seorang pemuda yang berskuter biru air laut yang berhenti menyapaku sambil menghulurkan Iphone 4 + camcorder Sony + Nintendo mudah alih yang akhirnya berharga EU80!! Di benakku:
  • peragut yang cuba menjual barang ragutannya
  • penyangak yang cuba memerangkapku di mana selepas dia pergi, akan ada sahabatnya yang akan menyangakku
  • polizia akan tiba sejurus transaksi dilakukan
berpandukan kompas matahari
3 perkara di atas adalah andaianku yang sebennarnya lebih dari 10 perkara yang menyerbu benak akalku yang cuba mengawal keadaan keseluruhannya. Transaksi yang akhirnya TIDAK berlaku membawa aku kepada keterKILANan yang amat sangat selepas sepuluh (10) langkah aku meninggalkan tempat kejadian. Imanku yang setebal kulit bawang berkira2 yang aku baru terlepas peluang yang tidak akan muncul lagi di sepanjang hidupku. ARGHH!! 

3 comments:

Anonymous said...

btl la tuh..bila kita travel sorg2 .jd super extra cautious mcm ni... mcm2 pk kat kpl otak..haha..kalo ada geng tu mmg dah sambau dah - brg super baik pny tuh..-ezit

Fatt said...

peh...pakej lumayan tu...rugi trlepas..hahaha

gadisbunga said...

kalau bawak toyol sekor mungkin rasa selamat sikit kot. ye ke selamat? huhu~

salam kenal! :)