Melbourne CBD - Port Campbell National Park (PCNP) - Otway National Park (ONP)
1. anda sarapan pagi di Melbourne CBD dan memandu ke PCNP sejauh 230km. PCNP dikenali kerana struktur batuan tebingnya terutama sekali Twelve Apostles. Jika anda berminat dengan lanskap semulajadi seperti ini, teruskan dengan singgah di Loch Ard Gorge, London Bridge dan The Grotto. Semua struktur batuan ini mempunyai keistimewaan dan lanskap yang berbeza.
*jika ke PCNP ini adalah pada waktu senja, ada terdapat koloni kecil Fairy Penguin di pantai kawasan Twelve Apostle.
|
Port Campbell National Park |