Ronda Kota Melbourne Secara PERCUMA

cara terbaik untuk 'merakyat' dan ianya PERCUMA di Melbourne
Kebiasaannya Gerabak Tram ini berwarna Merah Darah dan tertulis "City Circle" dan bernombor 35. Untuk menaiki tram ini, terdapat papan tanda istimewa yang tertulis, "City Circle" di setiap perhentiannya. Ia berkongsi dengan semua gerabak tram berbayar yang lain di kota ini.
suasana klasik di bahagian dalam tram
Tram ini berhenti berhampiran kesemua tempat-tempat menarik di Kota Melbourne. Diantara perhentian yang menarik adalah, Waterfront City/Dockland Drive (Harbour Town & Melbourne Star Observation Wheel), Village Dockland/Harbour Esplanade (Webb Bridge & DFO South Wharf), Melbourne Aquarium/Flinders Street (Melbourne Aquarium), Swanston Street/Flinders Street (Federation Square) and Queen Street/La trobe Street (Victoria Market)
perhentian 'penting' & kawasan membeli-belah
Tram ini beroperasi pada bermula pukul 10 pagi hingga 6 petang (Ahad hingga Rabu) dan 10 pagi hingga 9 malam (Khamis hingga Sabtu). Kekerapannya adalah setiap 12 minit (kecuali Hari Christmas & Good Friday)

nak tido pon kena baya ke?! - Mukasurat 3

Jika keselesaan bukan menjadi agenda utama aktiviti perTIDURan korang, korang boleh cuba praktikkan kaedah-kaedah ini yang jauh lebih TIDAK selesa berbanding kaedah-kaedah yang diselatankan pada nak tido pon kena baya ke?! - Mukasurat 1 dan nak tido pon kena baya ke?! - Mukasurat 2.

6. Hotel 1000 Bintang
Korang mesti pernah pernah 'main pondok-pondok' kan?? ini adalah kesinambungan daripada permainan tersebut apabila korang sudah tua dewasa. Konsep ini mungkin tidak dapat dilakukan sesuka hati di negara orang namun ada kemungkinan tinggi yang korang boleh memacakkan khemah korang di satu-satu kawasan dengan syarat korang mempunyai khemah sendiri.

Selain dapat tempat tidur PERCUMA, korang juga akan dihiburkan dengan kicauan burung di pagi hari, dan mungkin lolongan serigala di malam harinya. Indah bukan.. Berlatarbelakang banjaran yang melintangi ufuk dan tasik atau lautan di pintu khemah korang. Itu belum lagi desiran ombak memukul pantai atau deruan air di jeram berhampiran. PERGHH..
hotel 1000* tanpa 'hot-shower'