Jika keselesaan bukan menjadi agenda utama aktiviti perTIDURan korang, korang boleh cuba praktikkan kaedah-kaedah ini yang jauh lebih TIDAK selesa berbanding kaedah-kaedah yang diselatankan pada nak tido pon kena baya ke?! - Mukasurat 1 dan nak tido pon kena baya ke?! - Mukasurat 2.
6. Hotel 1000 Bintang
Korang mesti pernah pernah 'main pondok-pondok' kan?? ini adalah kesinambungan daripada permainan tersebut apabila korang sudah tua dewasa. Konsep ini mungkin tidak dapat dilakukan sesuka hati di negara orang namun ada kemungkinan tinggi yang korang boleh memacakkan khemah korang di satu-satu kawasan dengan syarat korang mempunyai khemah sendiri.
Selain dapat tempat tidur PERCUMA, korang juga akan dihiburkan dengan kicauan burung di pagi hari, dan mungkin lolongan serigala di malam harinya. Indah bukan.. Berlatarbelakang banjaran yang melintangi ufuk dan tasik atau lautan di pintu khemah korang. Itu belum lagi desiran ombak memukul pantai atau deruan air di jeram berhampiran. PERGHH..
hotel 1000* tanpa 'hot-shower' |