1200hrs
Hari yang panjang itu aku mulakan dengan meraikan pengantin baru di Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya dan dalam hujan lebat aku terus ber'shopping' bahan rujukan di 'Big Bad Wolf Sale' di MAEPS, Serdang. Hasilnya, berbaloi2!!
1900hrs
Berbekalkan makan malam semewah 'Double Quarter Pounder' di McD UPM, aku terus bergegas pulang menuju ke Pakli Kopitiam, Sek7 Shah Alam untuk siaran secara langsung 'match of the season' Liverpool FC vs MUnyet yang berkesudahan 1-1 =(
2200hrs
Agak 'cedera' dengan keputusan tersebut aku yang berjaya meloloskan diri dari trafik sek7 (hasil kebijaksanaan pemilihan parkir) terus menyiapkan backpack Karrimor 65L + 15L Aie dan terus menuju ke Damansara Perdana untuk memulakan tugasan 6 hari 6 malamku.
16hb Oktober 2011
0000hrs
Selepas hirupan terakhir kopi 'kaw' di Flora Damansara, Aku, Ari Wild Junction dan Botak Jerman memulakan perjalanan ke Merapoh bersama muatan +- 60kg yang dimuatSempitkan di dalam Kancil 660 (A) ibuku. Perjalanan yang diselangSelikan dengan 'briefing' dari Ari agak memenatkan.
Damansara - Batu Caves - Karak - Bentong - Raub - Kuala Lipis - Merapoh
0300hrs
Beberapa kali kuapan luas menandakan kantukku kian menggila. Ari dan Botak yang dari tadi sudah mendapat kebenaran dariku untuk melelapkan mata telah jauh 'meninggalkan' diriku yang keseorangan melayan setiap selekohLiku yang datang bersama bayu dingin malam itu.
Ari Wild Junction |
Botan Jermen |
Setibanya di Merapoh, aku terus melayan kantukku yang dari tadi diTAHAN2. Tak terTAHAN lagi rasanya kelopak mataku pagi itu.
0730hrs
Menyambut ketibaan krew 'Without Boundries' (8tv) yang bermalam di Gua Musang. 6 orang kesemuanya termasuk Henry, Aie, Amin, Abang Jeff, Pet dan Man. Bersama 'taik mata' yang bersekang dan 'air liur basi' yang bersepah aku mendahului yang lain menyuap roti canai hangat yang dihidangkan. Perghh.. Sedapnya hingga menjilat pinggan!!
0800hrs
Selesai bersarapan, Sabri (Jurupandu GunungTAHAN Mountain) membawa kami menuju masuk ke Taman Negara Sungai Relau untuk sesi pendaftaran, pembayaran dan pelepasan ke Gunung TAHAN Mountain.
1000hrs
Kami memulakan pendakian dengan menggunakan pacuan 4 roda (4wd) dari Sungai Relau ke Kuala Juram. Perjalanan sejauh 14km melalui jalan yang layak dikategorikan sebagai 'roller-coaster route' ini adalah 'intro' pendakian Gunung TAHAN Mountain melalui pintu masuk Sungai Relau.
1200hrs
INTERMISSION
Stay Tune!!