Makanan Halal di Kunming (Yunnan), China

Sejujurnya aku agak risau dengan perjalanan kali ini. Apa tidaknya, kembara kali ini membawaku ke bumi China buat pertama kali.
Kunming District, Yunnan State, China
Aku 'heret bersama isteriku tercinta yang disahkan mengandung 2 bulan bakal anak kedua kami (alhamdulillah) dan #balqispipau si bayi 18 bulan yang sudah pandai berlari dan meminta-minta.
#mygirls
Kerisauan utamaku adalah perihal sumber makanan halal dan bersih apabila berada di Kunming, Shilin dan Luoping nanti. Walaupun negeri Yunnan ini terkenal dengan etnik Hui yang beragama Islam, namun kerisauanku masih menebal. Apa tidaknya, kerisauan ini menghalangku dari menempah hotel di sepanjang kembara kali ini.
Suku Hui
Dengan sumber maklumat berbahasa Inggeris yang sangat terhad, aku menyasarkan penginapan hari pertamaku di bumi asing ini di sekitar kawasan yang mempunyai masjid di Kunming.

Aku bersyukur kerana Allah mengilhamkan aku untuk menempah hotel di hari pertamaku ini kerana salah seorang daripada penyambut tetamunya beragama Islam (walau tidak bertudung). Beliau menunjukkan kepadaku arah kedai makan halal yang hanya beberapa ratus meter daripada hotel tersebut. Arakian, dapatlah aku menyimpulkan beberapa tips penting untuk mencari kedai makan halal di negeri Yunnan ini (ingat, muslim di sini tidak semestinya bertudung dan berkopiah)

1. Lokasi Masjid di Bandar Kunming
2. Papan tanda Hijau / Biru
3. Papan Tanda Bertulisan Jawi / Bergambar Masjid


Tido Je Kerja Ko!! (20 jam sehari semalam)

makan-tido, makan-tido
Koala adalah salah satu simbol negara Austaralia selain daripada Kangaroo dan Wallaby. Jadi, Koala adalah haiwan yang wajib korang 'salam' apabila melancong ke Australia. Di Melbourne korang perlu membayar sehingga AUD25 hanya untuk bergambar dengan haiwan ini. Ini belum termasuk yuran masuk lagi!

Di sini aku cuba kongsi salah satu tempat yang korang akan dapat jimatkan sekurang-kurangnya AUD40 untuk hanya melihat dan bergambar dengan Koala ini.
lokasi denai, penginapan dan kopitiam
Jika korang menyusuri The Great Ocean Road, jangan lupa singgah di Kennett River Koala Walk yang terletak di Grey River Road (di antara Lorne dan Apollo Bay). Kenapa?? Parking PERCUMA. Masuk PERCUMA. Bergambar dengan Koala PERCUMA. Cuma satu je syaratnya, korang kena usaha cari sendiri Koala ni bergayut atau menyangkut di dahan-dahan pokok di sepanjang denai ini. pengalaman aku yang sudah beberapa kali singgah di sini memang tidak mengecewakan. Tidak kurang 10 ekor Koala sama ada sedang tidur atau makan dalam tempoh setengah jam berjaya 'diburu'.
Koala bersama anaknya di antara September hingga November (musim bunga)
Selain daripada Koala, korang akan dihiburkan dengan burung-burungan yang jinak tahap merpati. Jadi, sebelum sampai di sini sila beli stok (roti, biskut atau bijirin) untuk 'rasuah' beburungan ini supaya bertenggek di bahu korang.
Sulphur-Crested Cockatoo & King parrots
Penginapan: Kennett River Holiday Park
Kopitiam: Koala Cove Cafe