|
cara terbaik untuk 'merakyat' dan ianya PERCUMA di Melbourne |
Kebiasaannya Gerabak Tram ini berwarna Merah Darah dan tertulis "City Circle" dan bernombor 35. Untuk menaiki tram ini, terdapat papan tanda istimewa yang tertulis, "City Circle" di setiap perhentiannya. Ia berkongsi dengan semua gerabak tram berbayar yang lain di kota ini.
|
suasana klasik di bahagian dalam tram |
Tram ini berhenti berhampiran kesemua tempat-tempat menarik di Kota Melbourne. Diantara perhentian yang menarik adalah, Waterfront City/Dockland Drive (Harbour Town & Melbourne Star Observation Wheel), Village Dockland/Harbour Esplanade (Webb Bridge & DFO South Wharf), Melbourne Aquarium/Flinders Street (Melbourne Aquarium), Swanston Street/Flinders Street (Federation Square) and Queen Street/La trobe Street (Victoria Market)
|
perhentian 'penting' & kawasan membeli-belah |
Tram ini beroperasi pada bermula pukul 10 pagi hingga 6 petang (Ahad hingga Rabu) dan 10 pagi hingga 9 malam (Khamis hingga Sabtu). Kekerapannya adalah setiap 12 minit (kecuali Hari Christmas & Good Friday)