Mungkin tidak ramai yang mengetahui apa itu 'Doom Tourism'. Definisi dari segi bahasa adalah perlancongan yang yang hampir musnah. Terma ini dianjurkan selepas isu pemanasan global diketengahkan. Tempat-tempat seperti Glasier Kilimanjaro di Tanzania, Glasier Patagonia di Chile dan Great Barrier Reef di Australia adalah termasuk di dalam kategori 'Doom Tourism'. Mengapa?? Ini adalah kerana tempat-tempat ini diancam pemanasan global di mana glasier di Kilimanjaro dan Patagonia semakin cair dan terumbu karang di Great Barrier Reef semakin memutih dan mati.
|
Pemutihan Karang laut |
Selain daripada isu pemanasan global, 'Doom Tourism' juga dikaitkan dengan isu pembangunan setempat oleh tangan-tangan yang rakus di dalam mengejar permodenan. Namun terdapat juga bangunan-bangunan bersejarah yang telah 'dihitamkan' daripada peta perlancongan supaya ia akan dilupakan oleh penduduk setempat. Berikut disenaraikan beberapa 'Doom Tourism' yang terdapat di Malaysia
1. Bukit Tabor yang terletak di Taman Warisan Negeri Selangor akan dijarah dengan pembangunan lebuhraya. Banjaran Klang Gate ini adalah Banjaran Batu Kuarza yang terpanjang di dunia!!
http://selangorstatepark.blogspot.com/
|
Bukit Tabur kepada Kuala Lumpur Outer Ring Road |
Kompleks Gua Merapoh yang memiliki gua bertaraf dunia akan musnah dengan perlombingan batu kapur di sekitarnya
http://www.facebook.com/SaveMerapohCaves
|
Gua Merapoh kepada Kuari Simen |
Kota Long Jaafar di mana pemilik namanya adalah orang yang pertama menjumpai bijih timah di Semenanjung Tanah Melayu kian usang tanpa pemeliharaan & pemuliharaan yang sepatutnya
|
Kota Long Jaafar yang ditinggalkan sepi |
Penjara Pulau Jerejak yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai Alcatraz Malaysia yang memenjarakan pembesar dan pejuang Melayu kini dibiarkan sepi untuk dihapus-bangunkan sebagai pusat perlancongan spa
|
Alcatraz Malaysia yang semakin dilupai |
Penjara Pudu yang suatu ketika dahulu telah merekodkan lukisan mural terpanjang di dunia kini akan dibangunkan sebagai hub komersil
|
Penjara Pudu yang dikokak kemodenan |
1 comment:
ah sedihnya!
Post a Comment